01 July, 2014

651...ISLAM, IMAN, IHSAN




Dari 'Umar ra katanya;

Pada suatu hari sedang kami duduk disisi Rasulullah s.a.w tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang bersangatan putih kainnya, bersangatan hitam rambutnya, tidaklah kelihatan atasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami mengenalinya sehingga ia duduk berdekatan kepada Rasulullah s.a.w.


Lelaki    :     Hai Muhammad! Khabarkanlah kepadaku darihal ISLAM.

Rasulullah s.a.w   :    Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Pesuruh Allah, dan engkau mendirikan solat, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa Ramadhan, dan engkau mengerjakan haji diBaitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya.

Lelaki     :     Benarlah engkau!  

Maka kami pun tercengang kerana ia yang bertanya dan ia pula yang membenarkannya. 

Lelaki     :     Maka khabarkan kepadaku darihal IMAN.

Rasulullah s.a.w   :     Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan para RasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada taqdir baikNya dan jahatNya.
                                
Lelaki      :     Benarlah Engkau!
                                 Maka sekarang khabarkanlah kepadaku darihal IHSAN.

Rasulullah s.a.w   :     Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau melihatNya tetapi jika engkau tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat engkau.

Lelaki      :      Maka khabarkan kepadaku darihal hari QIAMAT.

Rasulullah s.a.w   :      Tidaklah yang datang daripadanya lebih tahu daripada orang yang bertanya.

Lelaki       :      Kalau begitu, khabarkan kepadaku tanda-tandanya sahaja.

Rasulullah s.a.w   :      Tanda-tandanya itu ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing(berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.

Kemudian lelaki tersebut pun pergi, lalu aku terdiam beberapa lama.

Rasulullah s.a.w   :      Hai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa orang yang bertanya itu?

'Umar     :      Allah dan RasulNya yang lebih tahu.

Rasulullah s.a.w   :      Sesungguhnya itulah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu.



Bismillah........
Assalamu 'alaikum..

Beberapa tahun yang lepas, saya jumpa sebuah kisah daripada hadis ini yang diriwayatkan oleh Muslim. Ntah daripada mana tapi hadis ni yang juga membuka minda saya untuk mengetahui apa itu IHSAN. Kat sekolah banyak yang menyebut hal2 berkait dengan rukun Islam dan rukun Iman...tapi bab Ihsan takde pun cikgu ajar. Sampailah bekerja makan gaji pun masih tak tahu apa itu Ihsan....sampailah bila mana saya tunaikan umrah, dapat pegi ngaji agama...terjumpalah hadis ni. Skang satu persatu Dia tunjukkan jalan. 
Doakan saya moga dipermudahkan jalan mengenalNya dan maafkan saya andai ada salah bicara.




~jasjuta

No comments:

Post a Comment