19 December, 2014

SYUHUD


Bismillah.....
Assalamu 'alaikum..


Syuhud adalah perlakuan memandang dengan matahati. 

Sebagai contoh kita melihat dinding. Dengan menggunakan mata kepala, kita hanya nampak sebuah dinding yang tegak dan bercat warna. Tetapi kita tidak dapat melihat apa yang ada didalam dinding tersebut. Maka perlakuan syuhud itu digunakan yakni memandang dengan matahati bahawa didalam dinding tersebut ada batu bata yang keras. 

Contoh lain seperti kita melihat sebuah buku. Kita nampak rupa bentuk buku tersebut baik didalam dan diluarnya terzahir akan segala tulisan pada setiap helaian kertas dalam buku tersebut. Hakikatnya pula bila kita syuhud, setiap tulisan yg terzahir itu pastinya ada penulis yg menulisnya.

Banyak analogi yang berkait dengan syuhud yang sememangnya kita lakukan setiap hari.

Ianya juga berbeza dengan maksud Syuhudullah yang memberi maksud perlakuan memandang Allah dengan mata dan rohani.


Wallahu 'alam




16 December, 2014

URUS PENDAPATAN





Bismillah...
Assalamu 'alaikum....

Alhamdulillah hari-hari yang berlalu saya masih dapat menimba ilmu sedikit demi sedikit.

Sebagai seorang perunding kewangan berlesen, rata-rata saya lihat ramai diantara kita yang bijak mencari rezeki namun kesilapan besar bila tiada ilmu dalam pengurusan kewangan secara sistematik dan akhirnya bila tiada ilmu yang bermanfaat.. nafsu menguasai hingga terjadilah pembaziran atau hutang keliling pinggang atau leka dengan harta dunia.

hmmmm.... pengajaran dan peringatan buat saya juga.


Mari kita sorot kembali cara urus pendapatan yang pernah saya kongsikan sebelum ni.
Anda perlu sediakan tabung ataupun bank untuk terus bank-in untuk pengurusan yang lebih sistematik.


45%   ----   Perbelanjaan
10%   ----   Persaraan
30%   ----   Pembiayaan rumah/kereta
5.0%  ----   Ilmu
5.0%  ----   Haji/umrah
2.5%  ----   sedekah/zakat
2.5%  ----   Ibubapa

atau ini cara pakar motivasi antarabangsa, T Harve Eker:

50%   ----  Necessity
10%   ----  Financial Freedom
10%   ----  Play
10%   ----  Education
10%   ----  Long Term Saving for Spending(LTSS)
10%   ----  Give

Necessity
- Segala perbelajaan rumah, takaful, pinjaman kad kredit, pinjaman rumah/kereta

Financial Freedom

- Simpanan wajib untuk upah diri sendiri yang bekerja saban hari. Inilah upah untuk titik peluh kita sehari-hari yang tak pernah nak difikirkan oleh semua orang. Simpanan ini juga anda digalakkan untuk buat pelaburan yang selamat seperti Amanah Saham(Unit Trust) bagi mendapatkan pulangan 10% purata setahun dalam jangkamasa panjang disamping untuk mengatasi kadar inflasi setiap tahun. Jangan buat pelaburan-pelaburan yang tidak disahkan oleh Suruhajaya Sekuriti.

Play

- Simpanan untuk jangkasama pendek untuk perhargaan diri sendiri sebagai contoh dalam bulan ni kita dah bekerja dengan penuh dedikasi dan amanah dan sebagai timbal balik, kita belanja untuk pergi spa atau makan di restoran mewah atau beli hadiah berjenama untuk diri sendiri :)...hehehe.. baru rasa diri dihargai oleh diri sendiri

Education

- Makan adalah keperluan untuk hidup manakala ilmu adalah makanan untuk otak dan rohani kita. Jadi, adalah perlu untuk kita membelanjakan sebahagian daripada pendapatan kita untuk pergi seminar-seminar, beli buku-buku ilmiah, ambil kursus-kursus di IPTS dan lain-lain yang membabitkan bidang ilmu.

Long Term Saving for Spending

- Antara keutamaannya adalah untuk Haji/Umrah. Bukankah ini kewajipan kita untuk menegakkan rukun Islam? Mulakanlah dari sekarang. Jika anda dah pun menunaikannya, bolehlah gunakan pula untuk percutian keluarga ke luar negera atau lain-lain.

Give

- Wajibkan diri anda untuk beri pada kedua ibubapa sebagai menghargai jasabakti mereka. Anda boleh peruntukkan 5% untuk ibubapa dan 5% untuk zakat/sedekah. Jika nak bagi lebih, anda perlu tolak sebahagian daripada tabung neccessity.


Hah! Mudah je kan. 


TAPI MACAMANA PULAK KALAU PERBELANJAAN MELEBIHI PENDAPATAN????

INGAT!!!!   Apa yang anda perlu buat, tolak perbelanjaan yang tidak sepatutnya ATAU anda perlu cari pekerjaan lain yang boleh bagi gaji yang lebih ATAU anda perlu cari kerja tambahan sebagai contoh kerja sebagai ejen takaful atau perunding amanah saham atau berniaga kecil-kecilan.


wallahu 'alam

~jasjuta





12 October, 2014

ALLAH

Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Allah....

Allah adalah nama Tuhan yang paling banyak disebut. 
Dia yang menamakan Dirinya seperti firmanNya didalam Al Quran yakni dalam surah Thaha ayat 14, 

"Sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu".

Inilah penyataan yang pada suatu ketika dulu aku pernah baca dalam buku Kecerdasan Berasaskan Asmaul Husna(yang tak khatam lagi)...dan aku diingatkan kembali.
Bila ingat balik..dan ingat balik dan ingat lagi dan lagi yang lainnya....baru mukadimah..yang berjela-jela ceritanya.

Aduh! banyaknyer....arrrghhh..sempit, gelap, bingung rasanya.


Mula rasa keseorangan. Kenapa yer? Adakala rasa dipisahkan, adakala rasa terpisah dan adakalanya rasa memisahkan. Kerana Dia......











21 September, 2014

EXPEDISI GUNUNG DATUK







Bismillah....
Assalamu 'alaikum.....


Ini adalah salah satu daripada latihan awal kami untuk mendaki Gunung Kinabalu. Mendaki Gunung Datuk yang terletak di Kampung Batang Nyamor, Rembau, Negeri Sembilan. Ketinggiannya ialah 885 meter (2,900 kaki) dari aras laut. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hutan Lipur Gunung Datuk mengambil masa satu jam setengah lebih kurang.

Untuk sampai kepuncak, ianya mengambil masa lebih kurang 2 jam...hehehe....untuk stamina cam kami yang ala-ala nih.




Posing dulu sebelum mendaki

Daftar dulu sebelum mendaki... kena bayar sorang RM3
Pemandangan awal pendakian

Amik feel....

Curam diawal pendakian
Banyak berselirat akar-akar kayu ketika mendaki





Tuan rumah....hehehe...menyambut kami dengan sahut-sahutan




Satu kawasan lapang sebelum ke puncak. Ramai yang berehat disini.

Disinilah permulaan menaiki tangga-tangga besi yang diletakkan dibatuan-batuan
besar untuk naik ke puncak


Suspen nak naik tangga nih
Tangga terakhir untuk ke puncak




Pandangan dari puncak...nampak tak baju biru yang sedang duduk tu? Aku la tu...hehehehe

Pemandangan yang dapat dilihat dari kawasan puncak Gunung Datuk



Setakat ni je la kami mendaki.....hehehe...tak kuasa nak naik tangga yang terakhir untuk ke puncak

Kami tiga beradik...Rina, Riha dan Lily


Hiking partner...ngeeeee



Dia sorang jer yang sampai ke puncak....Hero Malaya ku


Puncak Gunung Datuk




Kami diserang dengan kumpulan lebah yang banyak. Jadi kena la bakar tu ini untuk bagi berasap...tujuan untuk menghalau lebah. Bukan apa, lebah-lebah tu tertarik dengan peluh-peluh kami yang ramai kat kawasan ni.

Berpeluh member

 Selepas sampai dipuncak kami rehat di kawasan ini agak-agak 2 jam jugak la. Lepas rehat dan dah dapat tenaga, aku dan Lily turun berlari-lari...hehehe...settled dalam masa sejam. 
Alhamdulillah....semuanya selamat dan gembira dapat menjalani latihan mental dan fizikal. 



Ops! hehehe...ini adegan selepas expedisi mendaki Gunung Datuk. Kami singgah makan dulu sebelum balik Kuala Lumpur.

15 September, 2014

EXPEDISI GUNUNG NUANG


Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Pendakian ke Gunung Nuang merupakan pengalaman yang paling manis, saspen dan sungguh mencabar fizikal. Setelah beberapa kali mendaki yang hanya sampai di Kem Lolo, inilah kali pertama kami yang disertai oleh aku, 2 adik perempuan aku Riha dan Lily, abang Lan dan Shahril mendaki hingga ke puncak Gunung Nuang. Kami mengambil keputusan untuk mendaki seharian ke puncak dan turun semula ke pondok renjer dikaki gunung...tidak bermalam (macam la terer).

Oleh kerana kami tidak bermalam, barangan yang dibawa tidaklah banyak. Cuma tongkat, headlamp, baju hujan, stokin, pakaian sepersalinan, telekung dan bekalan makanan seperti maggie, nasi impit, rendang ayam, teh uncang, gula paket. 

Perjalanan yang sepatutnya bermula pada pukul 5 pagi, tertangguh ke pukul 6.45 pagi..lebih kurang. Sebabnya....sesaja memain  melambat-lambat...mentang-mentang pergi berlima...hehehehe....(pengajaran buat kami selepas itu)

Bermulalah perjalanan kami yang dalam keadaan suasana masih gelap.... belum cerah lagi dan bertemankan headlamp masing-masing. Dari pondok renjer tempat bermula hingga ke Kem Lolo mengambil masa 3 jam lebih perjalanan (bagi kami yang ala-ala kurang fit).




Gonggok gergasi


Selepas 3 jam perjalanan hingga ke Kem Lolo, kami teruskan lagi perjalanan hingga ke Kem Pacat yang mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. Perjalanan dari Kem Lolo ke Kem Pacat, kami banyak berehat sebab Riha mengalami kekejangan otot beberapa kali.






Setiba di Kem Pacat, kami rehat dan makan tengahari.



Baru tiba.....duduk sebentar


Pe lagi.....berkelahlah 

Dalam 15 min perjalanan ikut denai....ni la air buat kegunaan semasa di Kem Pacat. 



Lily, Riha, aku dan Shahril, bodyguard kami...hehehe
abang Lan juga yang tiada dalam gambar disepanjang expedisi ni

Keunikan ciptaanNya....banyak lagi


Selepas berehat, tidur, makan tengahari, bergambar, kira-kira jam 3.00 petang kami mulakan semula pendakian ke Puncak Pengasih. Memang lari timing dah masa ni...hehehe


Jangkaan memang 40 minit tapi kami jalan sejam jugak lah...jalan perlahan

Inilah pendakian yang sungguh mencabar...
ke Puncak Pengasih tapi tak kasih langsung!


mendongak nak tengok jalan


Di puncak Pengasih, kami berehat dan solat(sori....gambar takde semasa di puncak pengasih)





Alhamdulillah......kami sampai ke puncak Pengasih pada jam 6 petang




Kaklong, kakcik, dan kaksu


rehat



Masak air...buat air teh o...

sambung makan bekalan tengahari tadi...nasi impit, rendang ayam dan maggi


cawan takde.....ni pun jadi la

Selepas berehat di Puncak Gunung Nuang, kami pun mulakan langkah turun pada jam 7 malam...... erk!.......7 malam???? Haaaaa.... ni yang nak citer nih.

Pendaki-pendaki lain yang bermalam disitu agak terperanjat bila dengar kami nak gerak turun ketika tu. Apapun mereka cakap...Gud luck! and be careful...sambil senyum bagi semangat. Dengan perlahan, kami mula melangkah dengan hati-hati sebab hari nak mula senja dan mula renyai. Dimulai dengan Shahril didepan sekali, aku, lily dan Riha(adik-adikku) dan abang Lan dibelakang sekali.

Agak-agak dalam setengah jam kami melangkah, tiba-tiba Shahril terperanjat ketakutan lalu pandang aku yang berada dibelakangnya. Alamak! naper dia terperanjat? Kata hatiku. Nampak makhluk halus ker? Itulah detik aku. Aku terdiam pandang dia, dia pun sama. Kami teruskan je melangkah dengan diam sambil baca ayat-ayat Allah. Adalah 2 kali Shahril terperanjat sambil memalingkan pandangannya ke belakang mengadap aku. Aku dan Shahril diam dan hanya berpandangan...buat tak tau. Tak mau bising-bising. Saspen! Hari dah pun malam.

Tiba-tiba....selepas beberapa ratus meter perjalanan, Shahril nampak ada 2 jalan...Alahai! 


"Abang Lan, jalan kiri atau kanan? Ada 2 jalan nih!" jerit Shahril. Kami semua macam terkedu. Abang Lan pun terpinga-pinga taktau nak cakap apa lalu jerit dari belakang, "kanan! kanan!"

Shahril pun jalan kekanan dan kami semua mengekor saja. Rupanya jalan kekanan tu menuruni bukit ikut batang balak tumbang junam kebawah. Perlahan-lahan kami sorang-sorang gerak ikut balak tumbang tu. Shahril sampai dulu hingga hujung balak diikuti aku dan yang lain-lain. Belum pun aku sampai ketempat Shahril, tiba-tiba dia jerit, "Abang Lan, takde jalan kat depan....jalan mati nih!

Allah! Kami semua terperanjat. Abang Lan yang berada dibelakang sekali, lekas-lekas suruh kami berhenti bergerak dan terus dia menuruni ke arah Shahril. Bila sampai di tempat Shahril, abang Lan suluh disekeliling yang gelap. Betul! Takde jalan...jalan mati. 

"Naik! Naik balik keatas!". Jerit abang Lan pada kami 3 beradik. Kami semua pun gerak semula naik ke atas, ke tempat asal yang mula-mula Shahril nampak 2 jalan. Kami berkumpul disitu sekejap. 

"Mengucap semua". Abang Lan mengarahkan kami supaya mengucap dan istighfar. Si Shahril dengan konfiden berselawat.

"Shahril, aku suruh ko mengucap bukan selawat. Terkena dah ko nih". Kata abang Lan. Kami diam dan bertenang seketika. 

Abang Lan menyuluh sekeliling mencari tanda arah. Akhirnya berjumpa juga. Kami tukar kedudukan, abang Lan jalan depan sekali kemudian Riha, aku, Lily dan Shahril dibelakang sekali. Kami mula berjalan turun.
Langkah demi langkah...hujan renyai tadi semakin lebat. Kami dah memang bersedia dengan headlamp, baju hujan dan tongkat. Alhamdulillah...kalau hujan lebat, cepatlah jugak berhenti. Kami teruskan langkah. Tak sabar nak balik sebenarnya. 

Akhirnya, kami sampai di Kem Lolo. Aduhai....terasa penat satu badan, Tuhan je tahu. Sejuk pulak tu. Apapun, syukur.. Alhamdulillah kami selamat daripada tersesat. Ngeri rasanyer kalau tak nampak jalan balik diwaktu malam hari.

Kami rehat dekat pondok yang memang ada di situ. Tengok jam, dah pukul 11 lebih. Kami buat keputusan untuk bermalam dipondok tersebut. Tak jadi nak balik. Nak telefon rumah, line takde. Takper, esok pagi je la cuba cari line. Aduh! Perut lapar. Apalagi, makan apa yang ada. Apa yang ada??? Tinggal maggi sebungkus dan nasi impit separuh....huhuhuhu.... terpaksalah campur je semua tu dan masak...makan sikit-sikit sorang. 


Maggi nasi impit





Lepas makan, tidur. Tidur??? Mak ai! Dengan sejuknyer...angin pulak kuat. Aku dan Lily tidur pakai telekung..hahaha... Riha pakai sleeping bag...abang Lan bawak 2. Ok la....

Kerana kesejukan, kami semua tak lena tidur. Jam tunjuk 2 pagi, dah mula dengar beberapa orang lalu untuk naik ke puncak. Ah! Pedulikan. Badan penat sangat nih. Pejam je la mata sambil menunggu pagi. Esok pagi bersedia nak balik. Tak sabar rasanya.



Sarapan pagi kami


Sup cendawan dan teh o....
ada citer kelakar pasal teh o nih..biarlah kami je yang tahu..hihihi



Sempat kami berposing suka gembira padahal.....hehehe...
takyah la citer


Ketika turun balik, berendam sekejap. 


Inilah pengalaman pertama kami mendaki ke puncak gunung. Sungguh bernilai. Rasa penat, takut, sejuk, gembira, hati-hati...semua ada. Latihan bagi kami untuk ke Puncak Kinabalu. Terima kasih tak terhingga pada abang Lan sebab dia lah orang yang paling banyak mengajar kami semasa berada didalam hutan. Apa yang kami belajar??? hehehe... Jangan pentingkan diri sendiri, bekerjasama, hormat-menghormati, tolong- menolong, hargai alam semulajadi...itulah diantaranya.

Wallahu 'alam