02 December, 2015

ORANG-ORANG YANG BERJAYA



Bismillah...
Assalamu'alaikum...


Terdetik hati ini ingin mengetahui apakah ciri-ciri orang yang berjaya menurut Al-Quran. Hmmmm.....ku semak dalam applikasi telefon bimbit dan aku jumpa senarai ayat-ayat siapakah mereka.

Al-Baqarah:3 - Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Al-Baqarah:4 - Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Al-Baqarah:5 - Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


'Āli `Imrān:104 - Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


Al-'A`rāf:8 - Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.


Al-'A`rāf:157 - "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.


At-Tawbah:20 - (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.


Al-Mu'minūn:102 - Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.


Al-Mu'minūn:111 - "Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".


Al-Qaşaş:67 - (Demikianlah akibat orang-orang derhaka), adapun orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka semoga akan menjadilah ia dari orang-orang yang berjaya.


Ar-Rūm:38 - Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.


Luqmān:4 - Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
Luqmān:5 - Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


Al-Mujādila:22 - Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.


Al-Ĥashr:9 - Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.


At-Taghābun:16 - Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.


Dapat disimpulkan disini bahawa diantara mereka yang tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya adalah:
  1. orang-orang yang mendirikan solat dan mengeluarkan zakat
  2. orang-orang yang menegakkan agama Allah
  3. beriman kepada perkara-perkara yang ghaib iaitu yakin adanya hari akhirat
  4. membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki
  5. beriman kepada Kitab Al-Quran dan Kitab-kitab yang diturunkan terdahulu 
  6. menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam)
  7. menyuruh berbuat kebaikan
  8. melarang perbuatan yang buruk dan keji
  9. orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh
  10. orang-orang yang sabar
  11. memberikan hak kepada kerabatnya, dan orang miskin serta orang musafir
  12. orang-orang yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi sifat bakhil
Hmmmm....rupanya kekayaan harta dunia bukanlah ukuran untuk menjadi orang yang berjaya.
Jom kita sambut seruan Allah untuk menjadi orang-orang yang berjaya dengan bertaqwa dengan sesungguhnya.


Wallahu 'alam..


17 November, 2015

WAHAI ANAK-ANAK IBU! IKUTLAH JALAN YANG LURUS






Bismillah...
Assalamu 'alaikum..



Wahai anak-anak ibu! Ketahuilah olehmu bahawa kasihsayang ibu tak pernah padam biarpun kau tiada didepan mata. Kasihsayang ibu sentiasa hadir bersama redha dalam setiap nafas yang sentiasa kau hirup. 


Wahai anak-anak ibu! Pergilah kau berjihad dalam menuntut ilmu sejauh mana pun dan ingin ibu berpesan agar sentiasalah kau berjalan dijalan yang LURUS.

Al-Fātiĥah:1 - Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Al-Fātiĥah:2 - Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Al-Fātiĥah:3 - Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Al-Fātiĥah:4 - Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Al-Fātiĥah:5 - Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Al-Fātiĥah:6 - Tunjukilah kami jalan yang LURUS.
Al-Fātiĥah:7 - Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan NIKMAT kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Wahai anak-anak ibu! Sejak dari kanak-kanak lagi telah pun kau pelajari dan kau mengulag-ulang membaca Al-Fatihah dalam solatmu hingga bertahun-tahun lamanya memohon agar ditunjuki jalan yang LURUS itu. Tahukah kau apakah jalan yang LURUS itu? Ya anak-anakku! Itulah jalan yang Allah telah berikan NIKMAT kepada mereka. Tapi siapakah mereka itu? Firman Allah:

  • An-Nisā':69 - Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan NIKMAT oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang Soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


Wahai anak-anak ibu! Itulah jalan para Nabi-Nabi, para Siddiqiin, orang-orang Syahid dan orang-orang yang Soleh. Merekalah yang telah menerima NIKMAT dari Allah. Tapi jalan LURUS yang bagaimana mereka lalui itu? 



  • Maryam:36 - Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul - LURUS ". 
  • Ţāhā:14 - "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku"
  • Yaasin:61 - "Dan (Aku perintahkan) hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan yang LURUS" 



Wahai anak-anak ibu! Itulah jalan yang LURUS, yang mana engkau ikut bertauhid mengEsakan Allah dan bersolat mengingatiNya sepertimana yang telah diwajibkan keatasmu. Tiada jalan lain yang terindah dan selamat melainkan inilah jalan yang memberikan kebahagian untukmu didunia dan diakhirat.


Wahai anak-anak ibu! Janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang Allah murkai dan jalan orang-orang yang sesat. Ingatlah bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang berada disegenap penjuru dirimu. Dia telah berjanji dengan Tuhanmu untuk menyesatkanmu maka sentiasalah juga kamu memohon bantuan dan perlindungan daripada Tuhanmu. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Dia jugalah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

  • Al-'A`rāf:16 - Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang LURUS;


  • Al-'A`rāf:17 - "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".


  •  Al-Ĥijr:39 - Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


  •  Al-Ĥijr:40 - "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik(mukhlis)".


  •  Al-Ĥijr:41 - Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang LURUS, yang tetap Aku memeliharanya.



Wahai anak-anak ibu! Amir Imran, Ahmad Adib, Adi Irsyad dan 'Aina 'Aqilah...Ingatlah pesan ibu. Ibu sentiasa mendoakan agar Allah pelihara dirimu sepertimana Allah pelihara orang-orang yang soleh dan masukkan kalian dalam golongan hamba-hambaNya yang mukhlis. 
Amiin Ya Rabbal 'Alamiin...






05 November, 2015

Wahai Orang-Orang Yang Beriman!

Bismillah...
Assalamu'alaikum semua




Ku cari-cari firman Allah untuk orang-orang yang beriman, ada 50 ayat daripada 5 surah didalam Al-Quran yang telah kutemui.

Marilah kita rujuk didalam kitab tafsir untuk tadabbur dan beramal dengan perintahNya supaya kita sama-sama tergolong dalam golongan tersebut...insyaAllah.




Al-Baqarah:104 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


Al-Baqarah:136 - Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".


Al-Baqarah:138 - (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".


 Al-Baqarah:172 - Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.


Al-Baqarah:178 - Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.    


Al-Baqarah:183 - Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


Al-Baqarah:208 - Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.


Al-Baqarah:254 - Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.


Al-Baqarah:264 - Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.


Al-Baqarah:267 - Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.


Al-Baqarah:278 - Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.


Al-Baqarah:282 - Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.








'Āli `Imrān:100 - Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.


'Āli `Imrān:102 - Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.


'Āli `Imrān:118 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.


'Āli `Imrān:130 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.


'Āli `Imrān:149 - Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.


'Āli `Imrān:156 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.


'Āli `Imrān:200 - Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).






An-Nisā':19 - Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).


An-Nisā':29 - Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.


An-Nisā':43 - Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.


An-Nisā':59 - Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


An-Nisā':71 - Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.


An-Nisā':94 - Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.


An-Nisā':135 - Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.


An-Nisā':136 - Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.


An-Nisā':144 - Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?







Al-Mā'idah:1 - Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.


Al-Mā'idah:2 - Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).


Al-Mā'idah:6 - Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.


Al-Mā'idah:8 - Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.


Al-Mā'idah:11 - Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri.


Al-Mā'idah:35 - Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.


Al-Mā'idah:51 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.


Al-Mā'idah:54 - Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


Al-Mā'idah:57 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.


Al-Mā'idah:87 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.


Al-Mā'idah:90 - Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.


Al-Mā'idah:94 - Wahai orang-orang yang beriman! Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu (semasa kamu berihram) dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tangan kamu dan (mudah terkena) tikaman lembing-lembing kamu, supaya Allah ketahui wujudnya sesiapa yang takut kepadaNya semasa ia tidak melihatNya semasa ia tidak dilihat orang. Oleh itu, sesiapa yang melampaui batas sesudah yang demikian maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.


Al-Mā'idah:95 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.


Al-Mā'idah:101 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.


Al-Mā'idah:105 - Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.


Al-Mā'idah:106 - Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa".








Al-'Anfāl:15 - Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.


Al-'Anfāl:20 - Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).


Al-'Anfāl:24 - Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.


Al-'Anfāl:27 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).


Al-'Anfāl:29 - Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.


Al-'Anfāl:45 - Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).





22 June, 2015

MUSHROOM SOUP


Bismillah...
Assalamu 'alaikum..


Eh! Dah Ramadhan........  Marhaban marhaban ya Ramadhan....

Lama tak update blog. Sekali update, nak berkongsi resepi sup cendawan ala-ala Pizza Hut. Dapat dari website myresepi...try...menjadi pulak. Memang sedap. Try la yer...

Mushroom soup 


Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto(optional)
1 cawan tepung gandum
Cara-cara

Potong ayam kecil-kecil. Masukkan ayam dan sebahagian air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api yang perlahan. Masukkan mushroom. Bancuhkan tepung dengan sebahagian air lagi dan masukkan kedalam periuk tadi dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan ajinomoto.
Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.



19 December, 2014

SYUHUD


Bismillah.....
Assalamu 'alaikum..


Syuhud adalah perlakuan memandang dengan matahati. 

Sebagai contoh kita melihat dinding. Dengan menggunakan mata kepala, kita hanya nampak sebuah dinding yang tegak dan bercat warna. Tetapi kita tidak dapat melihat apa yang ada didalam dinding tersebut. Maka perlakuan syuhud itu digunakan yakni memandang dengan matahati bahawa didalam dinding tersebut ada batu bata yang keras. 

Contoh lain seperti kita melihat sebuah buku. Kita nampak rupa bentuk buku tersebut baik didalam dan diluarnya terzahir akan segala tulisan pada setiap helaian kertas dalam buku tersebut. Hakikatnya pula bila kita syuhud, setiap tulisan yg terzahir itu pastinya ada penulis yg menulisnya.

Banyak analogi yang berkait dengan syuhud yang sememangnya kita lakukan setiap hari.

Ianya juga berbeza dengan maksud Syuhudullah yang memberi maksud perlakuan memandang Allah dengan mata dan rohani.


Wallahu 'alam




16 December, 2014

URUS PENDAPATAN





Bismillah...
Assalamu 'alaikum....

Alhamdulillah hari-hari yang berlalu saya masih dapat menimba ilmu sedikit demi sedikit.

Sebagai seorang perunding kewangan berlesen, rata-rata saya lihat ramai diantara kita yang bijak mencari rezeki namun kesilapan besar bila tiada ilmu dalam pengurusan kewangan secara sistematik dan akhirnya bila tiada ilmu yang bermanfaat.. nafsu menguasai hingga terjadilah pembaziran atau hutang keliling pinggang atau leka dengan harta dunia.

hmmmm.... pengajaran dan peringatan buat saya juga.


Mari kita sorot kembali cara urus pendapatan yang pernah saya kongsikan sebelum ni.
Anda perlu sediakan tabung ataupun bank untuk terus bank-in untuk pengurusan yang lebih sistematik.


45%   ----   Perbelanjaan
10%   ----   Persaraan
30%   ----   Pembiayaan rumah/kereta
5.0%  ----   Ilmu
5.0%  ----   Haji/umrah
2.5%  ----   sedekah/zakat
2.5%  ----   Ibubapa

atau ini cara pakar motivasi antarabangsa, T Harve Eker:

50%   ----  Necessity
10%   ----  Financial Freedom
10%   ----  Play
10%   ----  Education
10%   ----  Long Term Saving for Spending(LTSS)
10%   ----  Give

Necessity
- Segala perbelajaan rumah, takaful, pinjaman kad kredit, pinjaman rumah/kereta

Financial Freedom

- Simpanan wajib untuk upah diri sendiri yang bekerja saban hari. Inilah upah untuk titik peluh kita sehari-hari yang tak pernah nak difikirkan oleh semua orang. Simpanan ini juga anda digalakkan untuk buat pelaburan yang selamat seperti Amanah Saham(Unit Trust) bagi mendapatkan pulangan 10% purata setahun dalam jangkamasa panjang disamping untuk mengatasi kadar inflasi setiap tahun. Jangan buat pelaburan-pelaburan yang tidak disahkan oleh Suruhajaya Sekuriti.

Play

- Simpanan untuk jangkasama pendek untuk perhargaan diri sendiri sebagai contoh dalam bulan ni kita dah bekerja dengan penuh dedikasi dan amanah dan sebagai timbal balik, kita belanja untuk pergi spa atau makan di restoran mewah atau beli hadiah berjenama untuk diri sendiri :)...hehehe.. baru rasa diri dihargai oleh diri sendiri

Education

- Makan adalah keperluan untuk hidup manakala ilmu adalah makanan untuk otak dan rohani kita. Jadi, adalah perlu untuk kita membelanjakan sebahagian daripada pendapatan kita untuk pergi seminar-seminar, beli buku-buku ilmiah, ambil kursus-kursus di IPTS dan lain-lain yang membabitkan bidang ilmu.

Long Term Saving for Spending

- Antara keutamaannya adalah untuk Haji/Umrah. Bukankah ini kewajipan kita untuk menegakkan rukun Islam? Mulakanlah dari sekarang. Jika anda dah pun menunaikannya, bolehlah gunakan pula untuk percutian keluarga ke luar negera atau lain-lain.

Give

- Wajibkan diri anda untuk beri pada kedua ibubapa sebagai menghargai jasabakti mereka. Anda boleh peruntukkan 5% untuk ibubapa dan 5% untuk zakat/sedekah. Jika nak bagi lebih, anda perlu tolak sebahagian daripada tabung neccessity.


Hah! Mudah je kan. 


TAPI MACAMANA PULAK KALAU PERBELANJAAN MELEBIHI PENDAPATAN????

INGAT!!!!   Apa yang anda perlu buat, tolak perbelanjaan yang tidak sepatutnya ATAU anda perlu cari pekerjaan lain yang boleh bagi gaji yang lebih ATAU anda perlu cari kerja tambahan sebagai contoh kerja sebagai ejen takaful atau perunding amanah saham atau berniaga kecil-kecilan.


wallahu 'alam

~jasjuta





12 October, 2014

ALLAH

Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Allah....

Allah adalah nama Tuhan yang paling banyak disebut. 
Dia yang menamakan Dirinya seperti firmanNya didalam Al Quran yakni dalam surah Thaha ayat 14, 

"Sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu".

Inilah penyataan yang pada suatu ketika dulu aku pernah baca dalam buku Kecerdasan Berasaskan Asmaul Husna(yang tak khatam lagi)...dan aku diingatkan kembali.
Bila ingat balik..dan ingat balik dan ingat lagi dan lagi yang lainnya....baru mukadimah..yang berjela-jela ceritanya.

Aduh! banyaknyer....arrrghhh..sempit, gelap, bingung rasanya.


Mula rasa keseorangan. Kenapa yer? Adakala rasa dipisahkan, adakala rasa terpisah dan adakalanya rasa memisahkan. Kerana Dia......