22 July, 2014

6 LANGKAH MUDAH UNTUK KURANGKAN HUTANG PERIBADI


Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Perkongsian harini tentang bagaimana untuk mengurangkan hutang peribadi. Saya dah tak ingat daripada mana artikel ini dijumpai...hmmm..walaubagaimana pun ianya bagus sebab hasil daripada pengalaman penulis yang kita boleh sama berusaha ke arah itu. 

Saya war-warkan saja disini artikel tersebut untuk manfaat kita bersama.



"When my first business failed, I personally had over $1 million in debt that needed to be paid off. Those were hard times for Kim and me. For a short time we even lived in our car.

Having as much debt as we did, coupled with the emotions of losing my business, it would have been easy to roll over, get a good job and give up on my dream of building a successful business. I'd be lying if I didn't say it wasn't tempting.

Thankfully, we didn't give into that temptation. Instead we made a plan.

Sing all we had learned about money and how it worked, we looked for a great opportunities to build our asset column - and eliminate our personal consumer debt - bad debt. By implementing this plan, we were completely debt free within a few years and on our way to financial freedom.

The following are the six simple steps you can use to eliminate your personal debt. If you implement them, they will work.

Step #1 - LOCK IT DOWN
If you have credit cards with outstanding balances, discipline yourself to use only one or two credit cards. Any new charges must be paid off in full every month. Do not incur any more long-term debt.

Step #2 - UP THE ANTE
Come up with $150 to $200 extra per month. If you have a good financial deucation and understand how to have money work for you, this should be relatively easy to do. If you can't generate an additional $150 to $200 per month, then your chances for financial freedom may only be a pipe dream.

Step #3 - FOCUS ON ONE
Apply the additional $150 to $200 to your monthly payment on only one of your credit cards. You will now pay the minimum payment plus the extra money on that one credit card. Pay only the minimum due on all other credit cards. Often people try to pay a litle extra each month on all their cards, but those cards surprisingly never get paid off.

Step #4 - Keep it rolling
Once the first card is paid off, apply the total amount you were paying each month on that card to your next credit card. You are now paying the minimum amount due on the second card plus the total monthly payment you were paying on your first credit card.
Continue this process with all your credit cards and other consumer-credit debt. With each debt you pay off, apply the full amount you were paying on that debt to the minimum payment of your next debt. As you pay off each debt, the monthly amount you are paying on the next debt will escalate.

Step #5 - GO BIG
Once all your credit cards and other consumer debt are paid off, continue the procedure with your car and house payments. If you follow this procedure, you will be amazed at the shortened amount of time it takes for you to be completely debt-free. Most people can be debt-free within five to seven years.

Step #6 -  BUILD YOUR WEALTH
Now that you are completely debt-free, take the monthly amount you were paying on your last debt, and put that money toward investments. Build your asset column.

That's how simple it is."


Baguskan tips yang dia bagi! Senang citer...kita perlu bayar extra daripada bayaran minimum setiap bulan dan buat pada satu satu akaun dulu. Kita jugak perlu mempunyai disiplin yang tinggi. Jangan putus asa dan malas. Kalau terlampau banyak hutang, cuba 'ikat perut' dan 'ikat nafsu' serta jangan buat hutang baru. Dan berdoalah seperti doa yang pernah diajarkan oleh Nabi: 



INGATLAH!!!!!












21 July, 2014

MENCUKUPKAN GAJI SEBULAN



Bismillah...
Assalamu 'alaikum

Pesan dari seorang Ustaz, kalau kita nak cukup duit gaji, bila dapat gaji:

1. Perkara pertama yang kena buat, 'TRANSFER' ke ayah dan ibu dulu. Banyak atau sikit tak penting. Walaupun mereka berpendapatan, anggaplah ianya hadiah untuk mereka. Percayalah! Duit gaji kita akan cukup.

2. Perkara ke2 wajib kita buat adalah simpan ke Tabung Haji. Buat potongan setiap bulan adalah lebih baik. Bila kita sudah mendaftar untuk Haji, bermakna kita dah ada 'Nawaitu'. Biarpun buat sikit-sikit simpanan..inilah tanggungjawab kita dalam menyempurnakan rukun Islam. Kita sebenarnya mampu kalau masih boleh beli makanan setiap hari.

3. Sebagai seorang ayah, ingat balik urusan anak. Aqiqahkan untuk mereka dulu sebelum belanja ikut kehendak hati. Ingat! Bezakan KEPERLUAN dan KEHENDAK. 

4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tak salah kalau isteri kata, "Duit I...duit I, Duit suami..duit I" Tapi redha tu lebih penting. Suami pula jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri.

5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan sekali-kali merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6. Lihat ahli keluarga yang terdekat. Siapa yang perlu dibantu? Miskin? Anak yatim? Rezeki kita akan cukup jika mendahulukan orang yang dekat.

7. Jangan kedekut tapi jangan pula terlalu BOROS! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali-sekala apa salahnya belanja kawan-kawan...hmmmm yang ada bibik, pun boleh tapau makanan untuk belanja dia. Senangkan hatinya, moga dia pun senang bekerja dengan kita.


Moga bermanfaat!!!
Wallahu 'alam




~jasjuta









20 July, 2014

'ITIQOF



Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Sekarang kita dah berada dalam 10 hari terakhir Ramadhan. Ramai orang dari kanak-kanak hinggalah orang-orang tua bersemangat 'itiqof dimasjid. Orang perempuan pun tak ketinggalan nak turut sama. Alhamdulillah.....

Banyak perkara yang kita boleh buat ketika ber 'tiqof..tak kira dalam masjid atau dalam rumah bagi perempuan. Disunnahkan menyibukkan diri dengan solat-solat sunat, baca Quran, zikir, munajat dan beristighfar. Jauhkan diri dari perkara-perkara yang lagha.

Mintalah pada Allah agar kita menjadi orang-orang yang bertakwa dan sentiasa membersihkan diri/menyucikan diri.

TAQWA

Taqwa adalah menjalankan segala perintah Allah dan menjauhkan diri segala laranganNya...."sami'na, wa atho'na"(kami dengar dan kami taat). Tinggalkan juga segala keraguan dalam hati dengan cara beramal soleh mengikut landasan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan sunnah.
Seperti firman Allah yang bermaksud:


  • "Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-erkara yang ghaib, mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan adanya hari akhirat(dengan sepenuhnya).                                       (Al-Baqarah: 3 dan 4)



MEMBERSIHKAN/MENYUCIKAN DIRI

Sentiasalah kita membersihkan/menyucikan diri zahir dan batin(hati) dengan sentiasa berwudhu dan menjaga seluruh anggota tubuh badan yang Allah amanah pada kita. Bersihkan hati kita dengan banyak beristighfar memohon keampunan dariNya. Hati ini ibarat sebuah kolam yang mempunyai punca-punca saliran yakni dari mata, telinga, mulut, kaki, tangan, hidung dan kemaluan. Andai dijaga punca-punca saliran ini, maka bersihlah kolam ini. Jika tidak, kotorlah ia. Maka bila kita ber 'tiqof dalam masjid, perbanyakkanlah istighfar dan munajatlah.
Firman Allah yang bermaksud:


  • "Jangan engkau sembahyang dimasjid itu selama-lamanya kerana sesungguhnya masjid(Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad) yang telah didirikan atas dasar Taqwa dari mula(wujudnya), sudah sepatutnya engkau solat padanya. Didalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka(mengambil berat) membersihkan(menyucikan dirinya) dan Allah Maha Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka(zahir dan batin)."                   (At-Taubah: 108)





19 July, 2014

MERANCANG KEWANGAN MASA HADAPAN


Bismillah...
Assalamu 'alaikum

Jika anda berhasrat untuk merancang masa depan kewangan anda, sebaik-baiknya belajar bagaimana untuk menjimatkan wang untuk menyimpan kerana menyimpan wang dianggap sebagai cara terpantas untuk meningkatkan tahap kewangan anda:

1. Tetapkam tujuan anda menyimpan wang contoh untuk persaraan umur 55, Haji, pendidikan anak
2. Membuat senarai semua perbelanjaan anda contoh bil-bil, perbelajaan dapur
3. Buang tabiat buruk anda yang melibatkan wang, berbelanjalah apa yang perlu sahaja
4. Berusaha untuk berhenti menggunakan kad kredit dan buat pembayaran lebih daripada minimum setiap bulan; jika anda suka 'main kutu', gunakan duit kutu untuk melangsaikan hutang kad kredit
5. Bergaullah dengan orang yang bijak menguruskan wang dan dapatkan tips-tips daripada mereka


p/s Setiap sen juga akan ditanya di akhirat nanti. Daripada manakah sumber hasilnya dan kemanakah dihabiskannya. Ingatan untuk ku juga.



~jasjuta




15 July, 2014

AYAM SEMUR

Ayam Semur


Bismillah.....
Assalamu 'alaikum

Petang ni tetiba nak masak menu jawa....ayam masak semur...macam masak kicap tapi ada rempah ratus. Ni bahan2 yg main campak2 yer...

Tumis 1 sudu ketumbar dan setengah sudu jintan manis yang telah ditumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, lada putih.

Bawang kecik, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas  yang ditumbuk pun tumis skali..

Pastu masukkan bancuhan air asam jawa.

Masukkan kicap pekat...agak-agak hitam.

Masukkan ayam(tak goreng dulu boleh, goreng dulu pun boleh).

Masukkan suhun yang dah direndam. Kacau, tutup kuali dan tunggu hingga empuk kalau ayam tak goreng dulu. Dah empuk, angkat dan hidang.

Kalau nak sedap lagi, masukkan kentang. Kentang tu goreng dulu. Ayam dah empuk,  baru masukkan kentang.
Tomato pun boleh.

Jgn lupa letak garam dan gula secukup rasa

Saya suka tumbuk bahan2 daripada hiris halus. Sebab bila makan nanti, licin jer dan takde tinggal bawang2nya.






~jasjuta

Sent from Samsung Mobile

08 July, 2014

MENGADU...Oh! Tuhanku....









Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Al kisahnya, satu ayat dalam AL-Quran yang mana Allah berfirman;

يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاَةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْن

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. -Al-Baqarah 2:153

KALAU KITA ADA MASALAH ATAU ADA KESULITAN, MAKA SOLATLAH DAN MENGADU PADANYA....SEBAB FIRMAN DAN JANJI ALLAH ITU BENAR

Sebelum ni saya dah post tentang macamana nak keluar daripada masalah....hah! sakarang ayat ini Allah turunkan kepada mereka yang beriman supaya mintak tolong padaNya. 

Kalau berat nak solat, mengadu pada Allah....
kalau susah nak laksanakan perintah Allah wa ima perintah yang kecil2, mengadu pada Allah....
kalau sekeliling bermasalah, mengadu pada Allah....
kalau hati kita bermasalah, mengadu pada Allah....
kalau dapat kawan bermasalah, mengadu pada Allah....
kalau kita diri sendiri sedar bagi masalah pada orang, pun mengadu pada Allah. hehehe....ada tau!

Allah Maha Mendengar dan Dialah yang memegang jiwa2 manusia yang lain. Dialah yang boleh mengubah segala-galanya serta boleh menylesaikan masalah kita. Tak perlulah kita mengadu pada manusia lain sebab mereka pun macam kita juga....ada masalah mereka sendiri. Silap haribulan kita pulak yang bagi semak kepala diorang. hehehe...

Makanya....solatlah dan 'dengar' setiap baris ayat yang kita ucapkan dalam solat..lagi2 ketika baca Al-Fatihah. Sebab solat tu lah kita berbual2 denganNya. Dan jangan lupa jaga perintah Allah dan mengadulah padanya. Sebab Allah lah Yang Maha Memiliki dan Dia Maha Mengetahui.


Peringatan buatku.



~jasjuta

06 July, 2014

NASI ARAB....

Nasi Mandy Ayam



Nasi Mandy Kambing

Bismillah....
Assalamu 'alaikum..

Alhamdulillah.....Iftar semalam bersama keluarga anak-anak Pak Jaafar. Kami dapat berkumpul lagi dan menu yang dapat disediakan....Nasi Arab Mandy...nyum..nyum...nyum. Kami peminat nasi arab. Dulu...masak siap buat rempah ratus. Tapi kali ni..jeng..jeng...terjumpa rempah yang dah siap. Try la...ternyata memang sedap. 'Home made' rempah ratus....katanya ustazah yang dah lama tinggal di Madinah yang buatkan. Bila balik Malaysia, ustazah buat bisnes ni...apapun alhamdulillah. Cubalah!


Ini Nasi Mandy yang dah siap beras dan rempah ratus




Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan dari pengedar SyifaMuslim Trading 013-2898708 atau 03-48007955. Kedainya di Ampang Waterfront 2. Ada penghantaran secara pos. Harga sekotak RM15. Boleh  4 5 orang makan.

Maaf yer...Resepi tak dapat nak bagi sebab kalau bagi pun, kena beli rempahratusnya tu. Kat kotak tu dah tersedia resepi dan cara untuk memasak. Ni hanya tolong promosi.

Kalau saya masak sendiri len kali, InsyaAllah saya bagi resepi lain....hanya yang paling sedap je akan di war-warkan dalam blog :). 



Abah bersama adik-adik dan adik-adik ipar

Anak dan suami


Ni makan second round selepas solat maghrib bersama....first round makan kurma, kuih muih dan murtabak.

Alhamdulillah......




~jasjuta

04 July, 2014

MALU TAK?

Surah Al-Alaq..."Iqra!.."




Bismillah...
Assalamu 'alaikum..


Terbaca satu komen dari rakan facebook. Terkedu bila baca sebab memang hakikat yang terjadi zaman sekarang yang rata-rata orang-orangnya cerdik bijak pandai tapi....




-TGNA pernah kata dlm satu majlis tadarus, 
"Hok mana boleh baca Quran baca Quran. Hok tak pandai baca Quran belajar sungguh2. Kita terima surat dari orang kita boleh baca, kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca, kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca tapi kita terima surat (Quran) dari Allah Taala kita tak boleh baca. Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia tiba2 surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca..hinanya kita hidup atas muka bumi ni.."

Ni la Al-Quran yang berbahasa arab; bahasa syurga. Blum masuk syurga kita dah boleh sebut perkataan dan ayat-ayat syurga. Nikmat mana yang kita nak dustakan lagi...
Malulah pada Allah sebab nikmat yang DIa bagi sangat-sangat tak terhitung.

Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang....Moga tetap menyuluh jalan pada mereka yang yang mencari kebenaran dan memberi hidayah serta taufik pada mereka yang tersesat jalan.

wuuuuaaaaaa...taching....peringatan untuk ku.







~jasjuta



AYAM MASAK HITAM KANDAQ



Bismillah....
Assalamu 'alaikum...

Ni resepi yang paling saya suka. Memang macam makan kat restoran nasi kandar. Resepi ni untuk juadah berbuka semalam...hehehe..sedap tau..cubalah. Boleh jugak ganti dengan 1 kilo daging, kalau nak makan daging. Telur rebus pun boleh. Ikan je tak pernah 'try' :)


Bahan-bahan 

  • 1 ekor ayam
  • 30 biji cili kering
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 1 in halia
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 cawan tomato sos(kimball/heinz)
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 biji tomato dihiris(xde pun takper)
  • asam jawa, garam
  • sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
  • daun pudina kalau suka

Cara-cara

  1. ayam potong kecil dari pasar
  2. bawang kecil, bawang putih halia di kisar
  3. bawang besar dikisar berasingan
  4. cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul ayam dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
  5. panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
  6. masukan ayam bersama bahan kisar lain dan kicap
  7. apabila separuh masak masukkan tomato buah, tomato sos dan daun kari
  8. kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
  9. apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina
  10. haaa....ini la ayam hitam nasik kandaq :)

NAK KELUAR DARI MASALAH???



Bismillah....
Assalamu 'alaikum...

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dan Ahmad daripada Abdullah bin Abbas Radhiyullahu 'anhuma, dia berkata:



عبْد الله بن عَبّاسٍ -رَضِي اللهُ عَنْهُما- قالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَوْمًا، فَقَالَ: ((يَا غُلاَمُ، إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ؛ احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ))
Suatu hari saya berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau bersabda“Wahai anak kecil, aku ajarkan kepadamu beberapa untai kalimat: Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya kau dapati Dia di hadapanmu. Jika engkau hendak memintamintalah kepada Allah, dan jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, seandainya seluruh umat bersatu untuk memberimu suatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan andaipun mereka bersatu untuk melakukan sesuatu yang membahayakanmu, maka hal itu tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.
Inilah hadis yang pernah saya dengar di radio IKIM oleh Ustzh Norhafizah. Sungguh menyentuh hati dan membuka minda sebab dalam kehidupan ini kita tak lari daripada masalah. Masalah-masalah yang datang tu sebenarnya adalah ujian untuk kita tapi kita rasa berat nak tanggung. Pastu kebanyakan daripada kita seperti tak tau nak buat apa bila ada masalah. Mulalah tension, darah tinggi naik, migrain, emo, sedih, takut....eeeiiiii...macam-macamlah. 
Hah! Rupa-rupanya ada kunci bagi semua masalah tu. Kita jer yang tak tau dan ada yang tak endah. Kuncinya ialah "Jaga Allah, niscaya Allah menjagamu"...

Nak jaga apa yer?

hehehe.... JAGA SYARI 'AT...Jaga mata, jaga lidah, jaga telinga, jaga tangan, jaga kaki, jaga hidung dan jaga kemaluan; dengan menunaikan hak Allah; menunaikan apa yang diperintahkan.

Allah kata solat...solat! Jaga ibubapa...jaga! Jangan mengumpat...jangan! Tutup aurat...tutup! Ni tak! Mintak kat Allah macam-macam...nak kereta mewah, nak banglo, nak duit berjuta-juta, nak itu, nak ini... Allah mintak satu jer kat kita...takde la pulak kita nak buat.

Astaghfirullah!! Tu sebab kita bermasalah.... sebab kita tak jaga Allah, Allah pun tak sudi nak jaga kita...kadang-kadang Dia banyak bagi harta kemewahan pastu tiba-tiba Dia tarik serta merta...kadang-kadang pulak dia bagi, bagi dan bagi..sampai kita rasa sibuk dengan hal duniawi dan susah nak dekatkan diri dengan Allah, susah nak pegi majlis ilmu....amik contoh hari-hari keje cari duit sebab nak beli handphone baru, laptop baru, kereta baru..macam-macam lagi; tapi bila kita tak jaga Allah..sok sok barang rosak..dahhhh kena cari balik duit sebab nak repair...atau nak ganti balik...tu la pusing-pusing dok mencari duit..lepas satu..satu masalah.

Jadinya..jom la kita JAGA ALLAH dan carilah rezekiNya yang maha luas supaya Allah tenangkan hati kita. Best kan! kalau Allah bagi ketenangan dalam hidup dan bagi rezeki dengan kasih sayangNya..... bukan dengan kemurkaanNya...Na'uzubillah... Bila dapat rezeki, kita infaq dulu, pastu belilah apa yang kita nak kemudiann cari ilmu akhirat dan amalkan sebagai bekal lepas mati nanti...

bekal kita kan ada 3.....doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu serta amal yang bermanfaat.


Peringatan untuk saya dan....untuk kita kita jugak.


Oo yer!..Inilah jugak satu2nya yang kita patut wasiatkan pada anak-anak atau pada sesiapa saja. Sepertimana yang dilakukan Rasulullah pada Ibnu Abbas.

Wallahu 'alam...






~jasjuta






03 July, 2014

MULIAKAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Bismillah...
Assalamu 'alaikum

Baru-baru ini negara digemparkan dengan kisah derita seorang anak OKU, Muhammad Firdaus Dullah. Sungguh Menyayat hati setiap yang membaca kisahnya. 
Alkisah sebuah kisah dari Al-Quran, yang terjadi pada Rasulullah yang mana Allah beri peringatan untuk memuliakan orang-orang kurang upaya(OKU). Rasullullah walaupun maksum namun dia juga sama seperti kita yang perlukan bimbingan Allah. Maka marilah kita ambil iktibar.

Walaupun saya bukanlah orang 'alim...yang pandai menafsir Al-Quran...tapi banyak sumber rujukan yang kita boleh dapat. 

Imam ibn Kathir di dalam tafsirnya berkata : Ibn Abbas r.a. berkata :
Pada suatu hari Rasulullah SAW. sedang berhadapan dengan beberapa pembesar Quraisy, antaranya : Utbah bin Rabi’ah, Abu Jahl Bin Hisyam dan Abbas Bin Abdul Muthalib. Baginda SAW sangat menginginkan agar mereka semuanya mendapat hidayah Allah dan masuk Islam. Pada saat itulah datang seorang sahabat yang bernama Abdullah Bin Ummu Maktum yang kedua-dua matanya buta sambil meminta agar Rasulullah SAW  membacakan untuknya ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan Allah kepadanya, ia berkata: "Ya Rasulullah, tolong ajarkan kepadaku apa-apa yang Allah telah ajarkan kepada tuan". Rasulullah SAW tidak senang hati dengan pertanyaan Abdullah Bin Ummu Maktum itu, lalu baginda bermasam muka dan berpaling darinya sambil menghadap pembesar-pembesar Quraisy tersebut. Sehubungan dengan peristiwa inilah maka turun ayat dibawah.
Dengan adanya teguran Allah SWT  ini maka sejak itu baginda SAW sangat memuliakan Abdullah Bin Ummi Maktum dan mengambil berat kepadanya dan selalu bertanya kepadanya: "Apakah engkau ingin sesuatu? Apakah ada sesuatu yang engkau hajatkan?"  dan lain-lain.


Jadi janganlah kita pandang sebelah mata atau endah tak endah kat orang OKU ni. Lagi-lagi saya ni ada anak istimewa(OKU)...tacing jer kalau ada orang jeling-jeling. Bukan apa..jangan ingat OKU tu hanya yang tak sempurna zahir..ada juga yang sempurna zahir tapi tak sempurna akal...contoh AUTISME, HYPERACTIVE, ASPEGER... 


Firman Allah SWT :

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ (١
1.  Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,

أَن جَآءَهُ ٱلْأَعْمَىٰ (٢
2.  Kerana telah datang seorang buta kepadanya

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ (٣
3.  Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),

أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكْرَىٰٓ (٤
4.  Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?

أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ (٥
5.  Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup

فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ (٦
6.  Maka kamu melayaninya.

وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ (٧
7.  Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).

وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسْعَىٰ (٨
8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),

وَهُوَ يَخْشَىٰ (٩
9.  Sedang ia takut kepada (Allah),

فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ (١٠
10.  Maka kamu mengabaikannya.


Jadi janganlah kita pandang sebelah mata atau endah tak endah kat orang OKU ni. Lagi-lagi saya ni ada anak istimewa(OKU)...tacing jer kalau ada orang jeling-jeling. Bukan apa..jangan ingat OKU tu hanya yang tak sempurna zahir..ada juga yang sempurna zahir tapi tak sempurna akal...contoh AUTISME, HYPERACTIVE, ASPEGER... 









UBAT HATI

Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Hidup kita ni macam roda. Adakala bahagia, tenang, best, tak serabut....tapi kadang-kadang serabut dengan masalah yang tetiba datang. Adakala memang secara tak sengaja terjebak dengan masalah...adakala tetiba orang datang bagi masalah..adakala situasi keliling bermasalah...hmmmm... 

Memang kena betul-betul faham yang semuanya ujian daripada Allah. 

Daripada Dia kita datang, daripada Dia jugak kita kembali...
daripada Dia datang ujian, kepada Dia jugak kita mengadu.

Jadinya, inilah tips untuk ubat hati yang dalam masalah. Iringi dengan SABAR dan SYUKUR.

1. Tadabbur Quran (baca Quran dan faham)
2. Qiammullail (solat malam)
3. Banyakkan berpuasa
4. Zikir (mengingati Allah)
5. Berkumpul dengan orang-orang soleh (banyakkan ke majlis ilmu)

Ingatan untukku juga. Moga bermanfaat pada semua.






~jasjuta


Sent from Samsung Mobile

02 July, 2014

PUDING ROTI







Bismillah..
Assalamu 'alaikum

Petang ni saya berpeluang masak Puding Roti untuk juadah buka puasa. Teringat arwah mak mertua...suka sangat makan sampai berulang-ulang. Anak-anak sampai tegur, mbah jangan abiskan...hehehe.. Masa tu arwah dah lupa-lupa..umur dh 80 lebih masa tu. Moga Allah cucuri rahmat padanya.

Saper yang suka puding roti, boleh la cuba resepi ni.



Bahan-bahan:

A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya...
ataupun cream coklat.