11 August, 2014

SIMPAN

Bismillah....
Assalamu 'alaikum


Untuk menjalani kehidupan ini, banyak betul perancangan kita. Boleh kata setiap hari ada saja rancangan. Rancang nak berniaga, rancang nak pergi shopping, rancang nak pergi lunch, rancang nak dating, rancang nak bercuti...macam-macam.

Dalam apa-apa rancangan pun, selalu nak guna duit. Bergerak je kaki keluar rumah...duit akan mengalir. Dan sememangnya kita memang pandai merancang keluarkan duit daripada merancang menyimpan untuk sesuatu yang lebih besar dan utama contoh tunaikan haji. Bila bergaji RM1,200.00 rasa macam tak cukup nak pergi haji. Maka mengalirlah RM1,200.00 ke tempat lain. Walhal Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui, walau dengan 20sen kita menyimpan untuk tunaikan haji.



Buatlah simpanan dari awal untuk sesuatu yang dapat kita dekatkan diri dengan Allah. Pertama-tama sekali buatlah simpanan untuk tunaikan Haji dan Umrah sebab ini adalah Rukun Islam..wajib bagi kita. Selagi kita mampu beli makanan 2 kali sehari, maka kita mampu untuk menunaikan Haji dan Umrah. Kemudian rancanglah beli rumah supaya selesa untuk beribadat, beli kereta supaya mudah ketempat-tempat majlis ilmu dan bekerja mencari rezeki yang halal, bercuti keluar negara suapaya dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah, simpan untuk membayar pendidikan yang boleh beri manfaat pada diri dan orang lain...banyak lagi dan semuanya untuk Allah. Inilah juga kebenaran penyaksian kita atas ucapan yg selalu kita lafazkan setiap kali solat...."Sesungguhnya solatku, pekerjaanku, hidupku dan matiku kerana Allah Ta'ala".

Jangan lupa sebelum buat simpanan dan perbelanjaan...sedekahkan 2.5% daripada pendapatan kita pada yang memerlukan. Ibubapa juga patut diberi. Amalkan setiap bulan! InsyaAllah berkah. Kemudian baru uruskan unutuk simpanan ke berbagai tabungan, takaful dan perbelanjaan.

Ini adalah contoh untuk rancang kewangan diri sendiri. Terpulang pada diri masing-masing untuk peratusan pembahagian tersebut. Sebelum kita terjebak dengan hutang yang besar, lebih baik kita rancang dari awal.

2.5% ----- Sedekah/zakat
2.5% ----- Ibubapa
5.0% ----- Haji dan Umrah
5.0% ----- Ilmu
10%  ----- Persaraan
30%  ----- Pembiayaan kereta dan rumah
45 % ----- Perbelanjaan

SELAMAT MENYIMPAN !!!


~jasjuta





No comments:

Post a Comment