15 August, 2014

PERHATIAN PADA PEWARIS

Bismillah...
Assalamu 'alaikum...

Sijil Kematian


Innalillahiwa inna ilaihi roji'un.... Kematian, memutuskan segala urusan kehidupan bagi simati. Namun ianya tidak terhenti disitu sahaja kerana apa yang ditinggal akan menjadi urusan bagi yang hidup. Contoh..anak simati menjadi yatim, telah menjadi tugas masyarakat untuk menjaga kebajikan mereka, harta peninggalan dan hutang pula menjadi tugas para waris untuk menguruskannya.

Apa nak buat yer bila simati ada meninggalkan harta dan hutang? Kalau ada wasiat, mudahlah. Ni takde! Penama pun tak letak.

hmmmm....Cubalah ikhtiar cari segala dokumen-dokumen perbankan simati....insurans, pinjaman bank, geran-geran tanah dan sebagainya. Lantiklah seorang peguam untuk memudahkan segala urusan dengan mendapatkan 'LETTER OF ADMINISTRATION' daripada Mahkamah Tinggi.

Letter of Administration

Bila dah dapat LA ni. Bawalah ke semua bank untuk urusan bayaran hutang atau pengeluaran. Dengan satu surat ni. Semua urusan mudah. Termasuklah pengeluaran duit 'Unit Trust' simati. Kalau surat ni takde....terperap la harta simpanan kat situ selama-lamanya.

*Dinasihatkan pada yang hidup....kalau ada harta sekangkang kera, letaklah penama sebab bayaran untuk perkhidmatan peguam lebih banyak daripada harta yang sekangkang kera tu. 





   ~jasjuta

1 comment:

  1. SEGA Genesis 2 New Player (1st generation) - Vimeo
    The genesis game has been ported to an Xbox Game youtube mp3 Pass 2, Xbox Game Pass 2 and Steam Workshop (known as Steam Workshop) and can now be

    ReplyDelete