30 August, 2014

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Tepat jam 12 tengah malam ini, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57. Alhamdulillah...dengan kehendakNya, Malaysia bebas daripada jajahan British pada 31 Ogos, 1957. Mengenang kembali bagaimana susah payahnya pejuang-pejuang kebebasan menentang puak-puak British demi mengembalikan hak dan kedaulatan tanahair yang tercinta daripada terus dijajah. Ditambah pula kehadiran tentera-tentera Jepun yang menyemai semangat nasionalisme dikalangan penduduk-penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan idealogi 'Asia untuk Asia'. Sengsara sungguh kehidupan ketika itu! Menjadi mangsa pada dua negara ditanahair sendiri.

Al Fatihah buat tokoh-tokoh dan penyokong-penyokong kemerdekaan, begitu juga tokoh-tokoh agama serta teristimewa buat Bapa Kemerdekaan kita, AlmarhumTunku Abdul Rahman Putra Al Haj, yang telah lama pergi meninggalkan kita dengan kehidupan yang kini bebas mentadbir negara dengan sendiri tanpa campur tangan negara asing.

Namun, jangan biarkan kesenangan mengulit diri hingga lupa dan tidak bersedia atas apa sahaja kemungkinan yang boleh berlaku. Anak-anak bangsa perlu ditanamkan rasa cinta kepada agama dan negara.
Peradaban bangsa Melayu jangan dibiarkan hanyut dalam arus kemodenan. Junjunglah shariat Islam. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi rahmat dan berkah di bumi Malaysia. Ameen......

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Kehadiran tokoh politik tanpa diduga ketika sedang bersama rakan sekerja 



No comments:

Post a Comment