05 August, 2014

APA ITU 'UNIT TRUST'




Bismillah....
Assalamu 'alaikum....


Anda biasa dengar Amanah Saham kan? ASB, ASN, ASW...itu yang kita dah biasa sejak puluhan tahun dulu. Unit Trust? sama je sebenarnya cuma Bahasa Inggeris sebut Unit Trust, Bahasa Malaysia sebut Amanah Saham....kat US sebut Mutual Fund. Hal yang sama jugak. 

Tapi tahukah anda apa sebenarnya? hmmmm...kalau kita simpan kat ASB atau ASN atau ASW...tak pernah kita tanya apa-apa, tau tau dapat dividen...untung. Tapi kalau simpan kat Unit Trust lain pada tu, sibuk tanya macam-macam.....sebab apa? Sebab rasa macam beli saham kat Bursa Saham Malaysia...hehehe...itulah pengalaman yang saya alami sebagai Unit Trust Consultant
Adoyaiiiii.... simpan harini pastu lepas 2 3 bulan tanya untung pastu bila pasaran saham turun, gelabah suruh jual.......tapi alhamdulillah lepas runding balik dan terangkan apa sebenarnya, baru mereka faham dan sekarang mereka benar-benar faham setelah praktik simpan beberapa tahun, siap tanya....duit EPF tak boleh keluarkan semua ke untuk simpan kat Unit Trust? Hah! kau.....

Senang citer, Unit Trust atau Amanah Saham ni sebenarnya ialah salah satu produk perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat Pengurusan Dana (Fund Management) untuk mengutip duit daripada pihak individu dan korporat termasuk daripada persatuan-persatuan serta koperasi-koperasi untuk dilaburkan bagi pihak, ke dalam 3 instrument kewangan utama iaitu Saham ekuiti, Bon/Sukuk dan Money Market
Hasil keuntungan daripada keuntungan akan dibahagikan kepada pelabur-pelabur dalam bentuk dividen atau unit split

Berbeza dengan beli saham di Bursa Saham yang memerluan anda buka akaun CDS kat mana-mana syarikat yang menguruskan Pelaburan Saham kemudian anda boleh beli terus saham secara saham online atau menggunakan perkhidmatan remisier untuk urusan jual beli kaunter-kaunter saham. Kalau kita sorang nak beli saham kat Bursa Saham, berapa kaunter je yang kita boleh beli. Tapi kalau beli Unit Trust....macam-macam kaunter ada sebab Pengurus Dana beli banyak dengan menggunakan sejumlah duit yang telah dikumpulkan(lihat ilustrasi). Pastu harga Unit Trust jauh lebih murah daripada harga saham.


ilustrasi











No comments:

Post a Comment