15 August, 2014

PERHATIAN PADA PEWARIS

Bismillah...
Assalamu 'alaikum...

Sijil Kematian


Innalillahiwa inna ilaihi roji'un.... Kematian, memutuskan segala urusan kehidupan bagi simati. Namun ianya tidak terhenti disitu sahaja kerana apa yang ditinggal akan menjadi urusan bagi yang hidup. Contoh..anak simati menjadi yatim, telah menjadi tugas masyarakat untuk menjaga kebajikan mereka, harta peninggalan dan hutang pula menjadi tugas para waris untuk menguruskannya.

Apa nak buat yer bila simati ada meninggalkan harta dan hutang? Kalau ada wasiat, mudahlah. Ni takde! Penama pun tak letak.

hmmmm....Cubalah ikhtiar cari segala dokumen-dokumen perbankan simati....insurans, pinjaman bank, geran-geran tanah dan sebagainya. Lantiklah seorang peguam untuk memudahkan segala urusan dengan mendapatkan 'LETTER OF ADMINISTRATION' daripada Mahkamah Tinggi.

Letter of Administration

Bila dah dapat LA ni. Bawalah ke semua bank untuk urusan bayaran hutang atau pengeluaran. Dengan satu surat ni. Semua urusan mudah. Termasuklah pengeluaran duit 'Unit Trust' simati. Kalau surat ni takde....terperap la harta simpanan kat situ selama-lamanya.

*Dinasihatkan pada yang hidup....kalau ada harta sekangkang kera, letaklah penama sebab bayaran untuk perkhidmatan peguam lebih banyak daripada harta yang sekangkang kera tu. 





   ~jasjuta

11 August, 2014

SIMPAN

Bismillah....
Assalamu 'alaikum


Untuk menjalani kehidupan ini, banyak betul perancangan kita. Boleh kata setiap hari ada saja rancangan. Rancang nak berniaga, rancang nak pergi shopping, rancang nak pergi lunch, rancang nak dating, rancang nak bercuti...macam-macam.

Dalam apa-apa rancangan pun, selalu nak guna duit. Bergerak je kaki keluar rumah...duit akan mengalir. Dan sememangnya kita memang pandai merancang keluarkan duit daripada merancang menyimpan untuk sesuatu yang lebih besar dan utama contoh tunaikan haji. Bila bergaji RM1,200.00 rasa macam tak cukup nak pergi haji. Maka mengalirlah RM1,200.00 ke tempat lain. Walhal Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui, walau dengan 20sen kita menyimpan untuk tunaikan haji.



Buatlah simpanan dari awal untuk sesuatu yang dapat kita dekatkan diri dengan Allah. Pertama-tama sekali buatlah simpanan untuk tunaikan Haji dan Umrah sebab ini adalah Rukun Islam..wajib bagi kita. Selagi kita mampu beli makanan 2 kali sehari, maka kita mampu untuk menunaikan Haji dan Umrah. Kemudian rancanglah beli rumah supaya selesa untuk beribadat, beli kereta supaya mudah ketempat-tempat majlis ilmu dan bekerja mencari rezeki yang halal, bercuti keluar negara suapaya dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah, simpan untuk membayar pendidikan yang boleh beri manfaat pada diri dan orang lain...banyak lagi dan semuanya untuk Allah. Inilah juga kebenaran penyaksian kita atas ucapan yg selalu kita lafazkan setiap kali solat...."Sesungguhnya solatku, pekerjaanku, hidupku dan matiku kerana Allah Ta'ala".

Jangan lupa sebelum buat simpanan dan perbelanjaan...sedekahkan 2.5% daripada pendapatan kita pada yang memerlukan. Ibubapa juga patut diberi. Amalkan setiap bulan! InsyaAllah berkah. Kemudian baru uruskan unutuk simpanan ke berbagai tabungan, takaful dan perbelanjaan.

Ini adalah contoh untuk rancang kewangan diri sendiri. Terpulang pada diri masing-masing untuk peratusan pembahagian tersebut. Sebelum kita terjebak dengan hutang yang besar, lebih baik kita rancang dari awal.

2.5% ----- Sedekah/zakat
2.5% ----- Ibubapa
5.0% ----- Haji dan Umrah
5.0% ----- Ilmu
10%  ----- Persaraan
30%  ----- Pembiayaan kereta dan rumah
45 % ----- Perbelanjaan

SELAMAT MENYIMPAN !!!


~jasjuta





05 August, 2014

APA ITU 'UNIT TRUST'




Bismillah....
Assalamu 'alaikum....


Anda biasa dengar Amanah Saham kan? ASB, ASN, ASW...itu yang kita dah biasa sejak puluhan tahun dulu. Unit Trust? sama je sebenarnya cuma Bahasa Inggeris sebut Unit Trust, Bahasa Malaysia sebut Amanah Saham....kat US sebut Mutual Fund. Hal yang sama jugak. 

Tapi tahukah anda apa sebenarnya? hmmmm...kalau kita simpan kat ASB atau ASN atau ASW...tak pernah kita tanya apa-apa, tau tau dapat dividen...untung. Tapi kalau simpan kat Unit Trust lain pada tu, sibuk tanya macam-macam.....sebab apa? Sebab rasa macam beli saham kat Bursa Saham Malaysia...hehehe...itulah pengalaman yang saya alami sebagai Unit Trust Consultant. 
Adoyaiiiii.... simpan harini pastu lepas 2 3 bulan tanya untung pastu bila pasaran saham turun, gelabah suruh jual.......tapi alhamdulillah lepas runding balik dan terangkan apa sebenarnya, baru mereka faham dan sekarang mereka benar-benar faham setelah praktik simpan beberapa tahun, siap tanya....duit EPF tak boleh keluarkan semua ke untuk simpan kat Unit Trust? Hah! kau.....

Senang citer, Unit Trust atau Amanah Saham ni sebenarnya ialah salah satu produk perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat Pengurusan Dana (Fund Management) untuk mengutip duit daripada pihak individu dan korporat termasuk daripada persatuan-persatuan serta koperasi-koperasi untuk dilaburkan bagi pihak, ke dalam 3 instrument kewangan utama iaitu Saham ekuiti, Bon/Sukuk dan Money Market. 
Hasil keuntungan daripada keuntungan akan dibahagikan kepada pelabur-pelabur dalam bentuk dividen atau unit split. 

Berbeza dengan beli saham di Bursa Saham yang memerluan anda buka akaun CDS kat mana-mana syarikat yang menguruskan Pelaburan Saham kemudian anda boleh beli terus saham secara saham online atau menggunakan perkhidmatan remisier untuk urusan jual beli kaunter-kaunter saham. Kalau kita sorang nak beli saham kat Bursa Saham, berapa kaunter je yang kita boleh beli. Tapi kalau beli Unit Trust....macam-macam kaunter ada sebab Pengurus Dana beli banyak dengan menggunakan sejumlah duit yang telah dikumpulkan(lihat ilustrasi). Pastu harga Unit Trust jauh lebih murah daripada harga saham.


ilustrasi











22 July, 2014

6 LANGKAH MUDAH UNTUK KURANGKAN HUTANG PERIBADI


Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Perkongsian harini tentang bagaimana untuk mengurangkan hutang peribadi. Saya dah tak ingat daripada mana artikel ini dijumpai...hmmm..walaubagaimana pun ianya bagus sebab hasil daripada pengalaman penulis yang kita boleh sama berusaha ke arah itu. 

Saya war-warkan saja disini artikel tersebut untuk manfaat kita bersama.



"When my first business failed, I personally had over $1 million in debt that needed to be paid off. Those were hard times for Kim and me. For a short time we even lived in our car.

Having as much debt as we did, coupled with the emotions of losing my business, it would have been easy to roll over, get a good job and give up on my dream of building a successful business. I'd be lying if I didn't say it wasn't tempting.

Thankfully, we didn't give into that temptation. Instead we made a plan.

Sing all we had learned about money and how it worked, we looked for a great opportunities to build our asset column - and eliminate our personal consumer debt - bad debt. By implementing this plan, we were completely debt free within a few years and on our way to financial freedom.

The following are the six simple steps you can use to eliminate your personal debt. If you implement them, they will work.

Step #1 - LOCK IT DOWN
If you have credit cards with outstanding balances, discipline yourself to use only one or two credit cards. Any new charges must be paid off in full every month. Do not incur any more long-term debt.

Step #2 - UP THE ANTE
Come up with $150 to $200 extra per month. If you have a good financial deucation and understand how to have money work for you, this should be relatively easy to do. If you can't generate an additional $150 to $200 per month, then your chances for financial freedom may only be a pipe dream.

Step #3 - FOCUS ON ONE
Apply the additional $150 to $200 to your monthly payment on only one of your credit cards. You will now pay the minimum payment plus the extra money on that one credit card. Pay only the minimum due on all other credit cards. Often people try to pay a litle extra each month on all their cards, but those cards surprisingly never get paid off.

Step #4 - Keep it rolling
Once the first card is paid off, apply the total amount you were paying each month on that card to your next credit card. You are now paying the minimum amount due on the second card plus the total monthly payment you were paying on your first credit card.
Continue this process with all your credit cards and other consumer-credit debt. With each debt you pay off, apply the full amount you were paying on that debt to the minimum payment of your next debt. As you pay off each debt, the monthly amount you are paying on the next debt will escalate.

Step #5 - GO BIG
Once all your credit cards and other consumer debt are paid off, continue the procedure with your car and house payments. If you follow this procedure, you will be amazed at the shortened amount of time it takes for you to be completely debt-free. Most people can be debt-free within five to seven years.

Step #6 -  BUILD YOUR WEALTH
Now that you are completely debt-free, take the monthly amount you were paying on your last debt, and put that money toward investments. Build your asset column.

That's how simple it is."


Baguskan tips yang dia bagi! Senang citer...kita perlu bayar extra daripada bayaran minimum setiap bulan dan buat pada satu satu akaun dulu. Kita jugak perlu mempunyai disiplin yang tinggi. Jangan putus asa dan malas. Kalau terlampau banyak hutang, cuba 'ikat perut' dan 'ikat nafsu' serta jangan buat hutang baru. Dan berdoalah seperti doa yang pernah diajarkan oleh Nabi: 



INGATLAH!!!!!












21 July, 2014

MENCUKUPKAN GAJI SEBULAN



Bismillah...
Assalamu 'alaikum

Pesan dari seorang Ustaz, kalau kita nak cukup duit gaji, bila dapat gaji:

1. Perkara pertama yang kena buat, 'TRANSFER' ke ayah dan ibu dulu. Banyak atau sikit tak penting. Walaupun mereka berpendapatan, anggaplah ianya hadiah untuk mereka. Percayalah! Duit gaji kita akan cukup.

2. Perkara ke2 wajib kita buat adalah simpan ke Tabung Haji. Buat potongan setiap bulan adalah lebih baik. Bila kita sudah mendaftar untuk Haji, bermakna kita dah ada 'Nawaitu'. Biarpun buat sikit-sikit simpanan..inilah tanggungjawab kita dalam menyempurnakan rukun Islam. Kita sebenarnya mampu kalau masih boleh beli makanan setiap hari.

3. Sebagai seorang ayah, ingat balik urusan anak. Aqiqahkan untuk mereka dulu sebelum belanja ikut kehendak hati. Ingat! Bezakan KEPERLUAN dan KEHENDAK. 

4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tak salah kalau isteri kata, "Duit I...duit I, Duit suami..duit I" Tapi redha tu lebih penting. Suami pula jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri.

5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan sekali-kali merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6. Lihat ahli keluarga yang terdekat. Siapa yang perlu dibantu? Miskin? Anak yatim? Rezeki kita akan cukup jika mendahulukan orang yang dekat.

7. Jangan kedekut tapi jangan pula terlalu BOROS! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali-sekala apa salahnya belanja kawan-kawan...hmmmm yang ada bibik, pun boleh tapau makanan untuk belanja dia. Senangkan hatinya, moga dia pun senang bekerja dengan kita.


Moga bermanfaat!!!
Wallahu 'alam




~jasjuta









20 July, 2014

'ITIQOF



Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Sekarang kita dah berada dalam 10 hari terakhir Ramadhan. Ramai orang dari kanak-kanak hinggalah orang-orang tua bersemangat 'itiqof dimasjid. Orang perempuan pun tak ketinggalan nak turut sama. Alhamdulillah.....

Banyak perkara yang kita boleh buat ketika ber 'tiqof..tak kira dalam masjid atau dalam rumah bagi perempuan. Disunnahkan menyibukkan diri dengan solat-solat sunat, baca Quran, zikir, munajat dan beristighfar. Jauhkan diri dari perkara-perkara yang lagha.

Mintalah pada Allah agar kita menjadi orang-orang yang bertakwa dan sentiasa membersihkan diri/menyucikan diri.

TAQWA

Taqwa adalah menjalankan segala perintah Allah dan menjauhkan diri segala laranganNya...."sami'na, wa atho'na"(kami dengar dan kami taat). Tinggalkan juga segala keraguan dalam hati dengan cara beramal soleh mengikut landasan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan sunnah.
Seperti firman Allah yang bermaksud:


  • "Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-erkara yang ghaib, mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan adanya hari akhirat(dengan sepenuhnya).                                       (Al-Baqarah: 3 dan 4)



MEMBERSIHKAN/MENYUCIKAN DIRI

Sentiasalah kita membersihkan/menyucikan diri zahir dan batin(hati) dengan sentiasa berwudhu dan menjaga seluruh anggota tubuh badan yang Allah amanah pada kita. Bersihkan hati kita dengan banyak beristighfar memohon keampunan dariNya. Hati ini ibarat sebuah kolam yang mempunyai punca-punca saliran yakni dari mata, telinga, mulut, kaki, tangan, hidung dan kemaluan. Andai dijaga punca-punca saliran ini, maka bersihlah kolam ini. Jika tidak, kotorlah ia. Maka bila kita ber 'tiqof dalam masjid, perbanyakkanlah istighfar dan munajatlah.
Firman Allah yang bermaksud:


  • "Jangan engkau sembahyang dimasjid itu selama-lamanya kerana sesungguhnya masjid(Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad) yang telah didirikan atas dasar Taqwa dari mula(wujudnya), sudah sepatutnya engkau solat padanya. Didalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka(mengambil berat) membersihkan(menyucikan dirinya) dan Allah Maha Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka(zahir dan batin)."                   (At-Taubah: 108)





19 July, 2014

MERANCANG KEWANGAN MASA HADAPAN


Bismillah...
Assalamu 'alaikum

Jika anda berhasrat untuk merancang masa depan kewangan anda, sebaik-baiknya belajar bagaimana untuk menjimatkan wang untuk menyimpan kerana menyimpan wang dianggap sebagai cara terpantas untuk meningkatkan tahap kewangan anda:

1. Tetapkam tujuan anda menyimpan wang contoh untuk persaraan umur 55, Haji, pendidikan anak
2. Membuat senarai semua perbelanjaan anda contoh bil-bil, perbelajaan dapur
3. Buang tabiat buruk anda yang melibatkan wang, berbelanjalah apa yang perlu sahaja
4. Berusaha untuk berhenti menggunakan kad kredit dan buat pembayaran lebih daripada minimum setiap bulan; jika anda suka 'main kutu', gunakan duit kutu untuk melangsaikan hutang kad kredit
5. Bergaullah dengan orang yang bijak menguruskan wang dan dapatkan tips-tips daripada mereka


p/s Setiap sen juga akan ditanya di akhirat nanti. Daripada manakah sumber hasilnya dan kemanakah dihabiskannya. Ingatan untuk ku juga.



~jasjuta