20 July, 2014

'ITIQOF



Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Sekarang kita dah berada dalam 10 hari terakhir Ramadhan. Ramai orang dari kanak-kanak hinggalah orang-orang tua bersemangat 'itiqof dimasjid. Orang perempuan pun tak ketinggalan nak turut sama. Alhamdulillah.....

Banyak perkara yang kita boleh buat ketika ber 'tiqof..tak kira dalam masjid atau dalam rumah bagi perempuan. Disunnahkan menyibukkan diri dengan solat-solat sunat, baca Quran, zikir, munajat dan beristighfar. Jauhkan diri dari perkara-perkara yang lagha.

Mintalah pada Allah agar kita menjadi orang-orang yang bertakwa dan sentiasa membersihkan diri/menyucikan diri.

TAQWA

Taqwa adalah menjalankan segala perintah Allah dan menjauhkan diri segala laranganNya...."sami'na, wa atho'na"(kami dengar dan kami taat). Tinggalkan juga segala keraguan dalam hati dengan cara beramal soleh mengikut landasan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan sunnah.
Seperti firman Allah yang bermaksud:


  • "Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-erkara yang ghaib, mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan adanya hari akhirat(dengan sepenuhnya).                                       (Al-Baqarah: 3 dan 4)



MEMBERSIHKAN/MENYUCIKAN DIRI

Sentiasalah kita membersihkan/menyucikan diri zahir dan batin(hati) dengan sentiasa berwudhu dan menjaga seluruh anggota tubuh badan yang Allah amanah pada kita. Bersihkan hati kita dengan banyak beristighfar memohon keampunan dariNya. Hati ini ibarat sebuah kolam yang mempunyai punca-punca saliran yakni dari mata, telinga, mulut, kaki, tangan, hidung dan kemaluan. Andai dijaga punca-punca saliran ini, maka bersihlah kolam ini. Jika tidak, kotorlah ia. Maka bila kita ber 'tiqof dalam masjid, perbanyakkanlah istighfar dan munajatlah.
Firman Allah yang bermaksud:


  • "Jangan engkau sembahyang dimasjid itu selama-lamanya kerana sesungguhnya masjid(Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad) yang telah didirikan atas dasar Taqwa dari mula(wujudnya), sudah sepatutnya engkau solat padanya. Didalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka(mengambil berat) membersihkan(menyucikan dirinya) dan Allah Maha Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka(zahir dan batin)."                   (At-Taubah: 108)





No comments:

Post a Comment