Showing posts with label FOODS. Show all posts
Showing posts with label FOODS. Show all posts

22 June, 2015

MUSHROOM SOUP


Bismillah...
Assalamu 'alaikum..


Eh! Dah Ramadhan........  Marhaban marhaban ya Ramadhan....

Lama tak update blog. Sekali update, nak berkongsi resepi sup cendawan ala-ala Pizza Hut. Dapat dari website myresepi...try...menjadi pulak. Memang sedap. Try la yer...

Mushroom soup 


Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto(optional)
1 cawan tepung gandum
Cara-cara

Potong ayam kecil-kecil. Masukkan ayam dan sebahagian air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api yang perlahan. Masukkan mushroom. Bancuhkan tepung dengan sebahagian air lagi dan masukkan kedalam periuk tadi dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan ajinomoto.
Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.



15 July, 2014

AYAM SEMUR

Ayam Semur


Bismillah.....
Assalamu 'alaikum

Petang ni tetiba nak masak menu jawa....ayam masak semur...macam masak kicap tapi ada rempah ratus. Ni bahan2 yg main campak2 yer...

Tumis 1 sudu ketumbar dan setengah sudu jintan manis yang telah ditumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, lada putih.

Bawang kecik, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas  yang ditumbuk pun tumis skali..

Pastu masukkan bancuhan air asam jawa.

Masukkan kicap pekat...agak-agak hitam.

Masukkan ayam(tak goreng dulu boleh, goreng dulu pun boleh).

Masukkan suhun yang dah direndam. Kacau, tutup kuali dan tunggu hingga empuk kalau ayam tak goreng dulu. Dah empuk, angkat dan hidang.

Kalau nak sedap lagi, masukkan kentang. Kentang tu goreng dulu. Ayam dah empuk,  baru masukkan kentang.
Tomato pun boleh.

Jgn lupa letak garam dan gula secukup rasa

Saya suka tumbuk bahan2 daripada hiris halus. Sebab bila makan nanti, licin jer dan takde tinggal bawang2nya.






~jasjuta

Sent from Samsung Mobile

06 July, 2014

NASI ARAB....

Nasi Mandy Ayam



Nasi Mandy Kambing

Bismillah....
Assalamu 'alaikum..

Alhamdulillah.....Iftar semalam bersama keluarga anak-anak Pak Jaafar. Kami dapat berkumpul lagi dan menu yang dapat disediakan....Nasi Arab Mandy...nyum..nyum...nyum. Kami peminat nasi arab. Dulu...masak siap buat rempah ratus. Tapi kali ni..jeng..jeng...terjumpa rempah yang dah siap. Try la...ternyata memang sedap. 'Home made' rempah ratus....katanya ustazah yang dah lama tinggal di Madinah yang buatkan. Bila balik Malaysia, ustazah buat bisnes ni...apapun alhamdulillah. Cubalah!


Ini Nasi Mandy yang dah siap beras dan rempah ratus




Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan dari pengedar SyifaMuslim Trading 013-2898708 atau 03-48007955. Kedainya di Ampang Waterfront 2. Ada penghantaran secara pos. Harga sekotak RM15. Boleh  4 5 orang makan.

Maaf yer...Resepi tak dapat nak bagi sebab kalau bagi pun, kena beli rempahratusnya tu. Kat kotak tu dah tersedia resepi dan cara untuk memasak. Ni hanya tolong promosi.

Kalau saya masak sendiri len kali, InsyaAllah saya bagi resepi lain....hanya yang paling sedap je akan di war-warkan dalam blog :). 



Abah bersama adik-adik dan adik-adik ipar

Anak dan suami


Ni makan second round selepas solat maghrib bersama....first round makan kurma, kuih muih dan murtabak.

Alhamdulillah......




~jasjuta

04 July, 2014

AYAM MASAK HITAM KANDAQ



Bismillah....
Assalamu 'alaikum...

Ni resepi yang paling saya suka. Memang macam makan kat restoran nasi kandar. Resepi ni untuk juadah berbuka semalam...hehehe..sedap tau..cubalah. Boleh jugak ganti dengan 1 kilo daging, kalau nak makan daging. Telur rebus pun boleh. Ikan je tak pernah 'try' :)


Bahan-bahan 

  • 1 ekor ayam
  • 30 biji cili kering
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 1 in halia
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 cawan tomato sos(kimball/heinz)
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 biji tomato dihiris(xde pun takper)
  • asam jawa, garam
  • sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
  • daun pudina kalau suka

Cara-cara

  1. ayam potong kecil dari pasar
  2. bawang kecil, bawang putih halia di kisar
  3. bawang besar dikisar berasingan
  4. cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul ayam dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
  5. panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
  6. masukan ayam bersama bahan kisar lain dan kicap
  7. apabila separuh masak masukkan tomato buah, tomato sos dan daun kari
  8. kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
  9. apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina
  10. haaa....ini la ayam hitam nasik kandaq :)

02 July, 2014

PUDING ROTI







Bismillah..
Assalamu 'alaikum

Petang ni saya berpeluang masak Puding Roti untuk juadah buka puasa. Teringat arwah mak mertua...suka sangat makan sampai berulang-ulang. Anak-anak sampai tegur, mbah jangan abiskan...hehehe.. Masa tu arwah dah lupa-lupa..umur dh 80 lebih masa tu. Moga Allah cucuri rahmat padanya.

Saper yang suka puding roti, boleh la cuba resepi ni.



Bahan-bahan:

A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya...
ataupun cream coklat.








28 June, 2014

SERAWA DURIAN

Bismillah......
Assalamu 'alaikum...

Mari berjalan bersama Maklang
Jalan mencari bunga kemboja
Makan serawa duka pun hilang
Tersenyum manis bila berkerja

Semalam berkesempatan masak serawa durian dan pulut. Bagi kengkawan makan kat opis. Memang fevret kengkawan termasuk saya.
Nak resepi?
Alaaaa...mudah jer nak masak. Takper, saya bagi juga resepi cara saya masak.

SERAWA DURIAN

1 biji kelapa(blend pastu perah-2x)
2 ketul gula kerek @ 1 sudu besar gula merah
gula pasir
garam
2 helai daun pandan (ni saiz kecil)
Durian 2 biji.....perghhhh mmg pekat durian, bukan pekat santan...hehe

Cara masak

Masukkn semua bahan. Bila mendidih baru masuk durian. Masakkn dalam 5 minit..tutup api. Durian tu boleh jugak masuk awal cuma nanti isi durian hancur sebati ngan santan. Kalau masuk last last...ada la isi lagi.
Pulut tu tanak cam biasa..takyah pakai santan..air biasa jer..agak-agak letak tapak tangan atas beras pulut dan air tenggelam jari....cukup la. Pulut buat 2 pot dahhhh....sebab serawa durian tu boleh makan cicah ngan roti jugak. Pastikan api sederhana kecil bila masak pulut.


                                                   Serawa durian



                                                   Pulut