25 August, 2014

GUNUNG KINABALU




Bismillah..........
Assalamu 'alaikum

Harini nak citer pasal trip hiking ke Gunung Kinabalu. Syok tak terkira sebab memang bercita-cita sejak umur 13 tahun. Makanya 12 Apr, 2013 tercapailah cita-cita. Sebenarnya disebalik cita-cita tu, saya memang nak bawak hati yang rasa serabut....macam2 hal pasal jiwa..jiwa kacau kot...hehehe. So tetiba terfikir nak naik ke puncak Kinabalu. Hmmmm...memang best. Rasa rilek, tenang, mendamaikan...bila duduk diam dengan tenang dan melihat sekeliling dengan matahati akan ciptaanNya yang Maha Besar. Takleh nak sebut perasaan tu. Teringat pulak kisah Rasulullah yang selalu pergi ke Gua Hira' :)

Masa mendaki tu tak perlulah terkejar-kejar. 'Slow & Steady' sambil menikmati ciptaan Allah. Tengok sekeliling...pandang sekali ingat Allah, pandang lagi ingat Allah. Setiap pandangan tu ingat pada Allah..kecantikan, keindahan, kehebatan, keunikan..macam-macam..tu semua daripadaNya..dengan pandangan itulah akan membuatkan kita rasa tenang.

Trip mendaki ni saya arrange sendiri....sesambil tengok bloggers yang dah mendaki...banyak tips yang boleh pakai. Bajet bawah RM1,000(kalau backpacker). Kami ambil masa selama 4 hari untuk trip ni. Satu malam lepak kat Bandar Kota Kinabalu..pastu 3 hari ikut pakej mendaki yang dah ditetapkan.

Kami pilih untuk mula mendaki dari Mesilau dan balik ikut laluan ke Timpohon. Walaupun pihak pengurusan bagi cadangan untuk beginner, ikut Timpohon.Tapi kami redah je selepas fikir banyak kali. Jadi perjalanan dari Mesilau ke Labanrata agak jauh iaitu 6km berbanding dari Timpohon ke Labanrata cuma mengambil masa 4km. Ini sebab kami nak tengok pemandangan yang cantik dari Mesilau dan trail turun naik turun naik. Boleh rilek sikit kalau sakit lutut. Hasilnya Alhamdulillah......berbaloi.


HARI 1
Naik Komuter Batu dari rumah

Menunggu....naik Air Asia

Teruja....siap makan dalam kapalterbang

syok sensorang...pestime naik 

Landing
tak sabar rasanya...
check-in petang...booked online lebih murah
kalau tak silap RM75 satu malam

lapang

dan selesa



Nak makan malam....ditemani adik Sadam yang tinggal di KK






Ni je pun lauknyer....dalam pada banyak-banyak lauk fresh


ko amik kepala, ko amik ekor, aku amik isi..hehe



skodeng lobster meja sebelah yang makan berdua jer..hehe..xde keje



HARI KE-2

breakfast roti canai kat restoran bawah apartmen..pastu pegi stesen bas amik van

dari kejauhan dah nampak puncak

tu diaaaaaa

berkabus...eeeeiiii...bestnyer

tak lepas pandangan disepanjang jalan


saujana mata memandang


dah sampai kat Kinabalu National Park


pintu masuk...kena bayar tau

murah jer...tiket jangan buang..boleh guna kat Hot Spring

register check-in untuk mendaki...banyak penerangan diberikan

tag untuk mendaki esok...wajib pakai

register untuk ambil transport ke Mesilau dan simpanan bagasi

sementara pergi mendaftar, sempat ler bergambar...teruja lagi

tunggu transport, posing dulu

van pihak Kinabalu Park dah sampai...

selesa


dah sampai kat pekan Kundasang





kabus tebal....tak nampak puncak gunung Kinabalu

2012 takde KFC, 2013 dah ada....best best..leh tapau

walaupun ada KFC, cari nasi arrrr...lunch


ooo....bagi briefing dulu tapi pasal semua teruja...cam tak layan jer

sebelum masuk ke Mesilau Resort, ada golf course

dah sampai....

posing dulu


cam cam gaya

"nampak tak nih..nampak? nampak?"


check-in dan dengar briefing sikit

Gaya, Mutu, Keunggulan....amacam?? Pilihla kami..hohoho

yeeyy!



lakibini pikul beg

tarik...pikul

cantik tongkat...ingatkan free..kne beli rupanya...hikhikhik


Dorm untuk 6 orang...paling kecil, dorm 4 katil

penat dah...keluar jenjalan jap sementara tunggu briefing sebelum makan malam




kalau taknak tidur kat dorm, boleh ambil suite...mahal wo..kita nak pergi mendaki jer



hari-hari tinggal kat sini berdua, kan best darling...hehehe



lewat petang dengan keadaan hujan renyai..sejuk menyelubungi

kabus menyelubungi puncak Kinabalu

punya la ramai pendaki dari luar kat dorm tadi, kitorang berenam jer
yang dengar briefing untuk pagi esok

dinner time


"nak join I?"

"mmmm....tu sedap, ni sedap...mana satu nih?"

"1, 2, 3....saper makan dulu?"

"burpppp...kenyang"

biasa je pun menunya...hehehe


carca marba

cantik lesung pipit? I pun cantik gak, gigi!

nak jugak bergambar yang bermisai tu...member cover

ni la trip terbaek abang long


kenyang dah semua


dah kenyang, balik, rehat, tidur secukupnyer




HARI KE-3

tengok route tak abis-abis sebab yang banyak sebab...jauh nak menapak, nak tengok wakaf/tandas, pukul bape nak sampai


nampak melambai-lambai jerk


baru lepas breakfast dan dapat sedikit bekalan makanan daripada pihak pengurusan untuk dalam perjalanan

bersama Badang Malaysia(pikul tong air tuuu...).
masa ni dah siap bayar tunai untuk porter(pikul beg) 

pintu untuk mula mendaki..bersama guide cum porter...kuat btul dia




bermulalah pendakian kami dengan penuh semangat


baru setengah kilometer


mula nampak pemandangan yang cantik

trail pun cantik

1 kilometer....baki lagi 5 kilometer untuk sampai ke Labanrata

demi ke puncak gunung Kinabalu, sanggup ku menapak berkilo kilo meter...
tapi kalau nak ke opis dari rumah..sori lerrr...hehehe

makkkkk...si Badang ni yang kitorang tinggalkan sejam lebih tadi dah selisih ngan kitorang..
lajunya weeehhh..siap pikul berpuluh kilogram kat belakang tu













tandas...bersih tau! berhampiran dengan pondok 






'Badang Pantai Dalam' tolak batu






ni la dia......laluan kat sini, turun naik turun naik.....best



setiap ketinggian...pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan mesti berlainan..
senang citer, suasana berbeza pada setiap ketinggian

rileks 5 minnit dah lerrr

Wow! Petua bagi yang sakit lutut..naik tangga tu kena naik cara zig zig




setiap pondok mesti ada makhluk ni....layan la kejap buat hiburan

dikatakan ada 1000 mata tangga kayu macam ni


adakala akal ntah ke mana akibat pendakian yang jauh...berkilo kilo kilo kilo kilo meter

air paip ni air gunung...semua guide dan porter minum air ni...
cuma tak bertapis la air ni...tp ok jer kitorang minum

makan bekalan yang diberikan..pisang, sandwich dan air kotak














ni yang ke berapa ratus mata tanggah dah ni? Nak tercabut kepala lutut

nampak tak nama pondok ni? ni semuanya sempena nama-nama pendaki yang meneroka Gunung Kinabalu. Kata guide laaa



jumpa lagi....

amacam...nampak jer penat nih...jap g tengok

taraaaaaa....ceria tahap gaban...aku la tu




guide kitorang ni sebenarnya jalan punya la laju pastu tunggu kitorang...hehehe....
tengok kasut dia..kalah kitorang..

aissshhhh...naper aku takde gambar kat sini ek???






kaklong, abanglong, kaksu, kakchik

bodyguard kitorang jugak ni...

kat sinilah view yang paling cantik. Laluan Timpohon takde camni

setara dengan puncak bukit bukau nun disana..lihat awan yang terapung, langit nan luas...Subhanallah




diatas awan tp dibawah kebesaranNya


antara yang unik








hero malaya


berkepul-kepul awan sampai ntah apa-apa jadi gambar nih...hehehe...
ni cameraman la punya angkara


adoyaiiiiiii.....tangga lagi...rasa nak guling-guling tp menurun la plak... orang nak menaik

Subhanallah...Walhamdulillah...Wala ilaha illallah...Wallahu akbar...
speechless bila tengok kat belakang masa naik tangga


nama je ada...aiskrim nyer takde..rasa nak makan jer orang sebelah

hujan.....


apa je la yang dipikul porter tu? berat tu..
bagi laluan! bagi laluan!

sinilah pertembungan laluan dari Mesilau dan Timpohon untuk ke Labanrata
ramai jugak orang bila lalu sini.. Kat Mesilau tak ramai orang



kitorang ni banyak berehat...tengok sana tengok sini...patutnya sampai pukul 3 kat Labanrata...
jadinyer kul 6, nak senja dah




daki Gunung Kinabalu ni takdelah mencabar macam training daki Gunung Nuang...
.menangis naik Gunung Nuang...akan datang nanti saya share

I dah nampak, u ols tak nampak...ngeeeee

rehat lagi

pastu posing lagi

sorang rehat, semua rehat

hero malaya ni memang cenggini..sakit lutut...hihihi



lagi sekali akal ntah ke mana bila dah penat..tapi gagah lagi tu

lagi 1 km, sampai Labanrata

jalan mendatar...kang menaik balik..
Allah tu Maha Adil
Dalam sepanjang laluan yang berkilo kilo kilo meter tu,
 ni lah satu-satunya pokok yang beraninyer duk kat tengah-tengah..sungguh unik dan istimewa

memang ini la pokok yang kitorang nk jumpa sesangat..walaupun ianya hanyalah sebatang POKOK

sebelum trip ni..hari-hari dok baca blog orang citer pasal pokok ni


ni lah keje kitorang...asyik bergambar....kul brape la nak sampai






cam masuk kawasan vampire



pokok-pokok kat sini len macam jerk







kaki menaik jer....emosi turun naik turun naik....mental masih kuattttttt





Alhamdulillah...dah nampak

yeeeeyy....dah sampai






pintu masuk Labanrata hostel....macam masuk belakang rumah..terpinga-pinga jap

Guide ni tunjuk...disebalik tu la puncak Gunung Kinabalu

disebalik bebatuan ni la kitorang akan menyusuri jalan ke puncak


kalau Labanrata penuh, tido kat pondok je la..sejuk nih..boleh jadik tak waras nih kalau musim hujan..hehe


mentel kejap


Dinner.....tak lalu nak makan banyak-banyak

kat beranda luar...melihat kepulan awan yang sangat banyak sebab hujan

HARI KE-4

Supper seawal jam 2 pagi....kami akan mula gerak jam 2:30 pagi. Syukur sebab hujan berhenti, dapatlah kami teruskan pendakian....kalau tak berhenti hujan, alamat tidur je la







dengan ketebalan 4 lapis baju dan seluar 3 lapis kerana suhu dicatatkan 6 darjah Celcius bersama dengan hujan renyai-renyai...
terperanjat tengok guide kitorang cuma pakai seluar pendek...huhuhuhu...taching
Sorry yer...cameraman tak amik gambar penuh




rehat jap selepas check point sayat-sayat

fajar menyinsing....Subhanallah








banyak batuan yang disusun begini disekitar kawasan ni



Baju oren tu ingat dah sampai puncak...kikiki...berejam rehat kat sini

kat sini rehat paling lama...sejuk..6darjah Celcius

waktu ni kabus tak banyak lagi









semua pendaki susun batu kat sini...aku pun tak ketinggalan









hahaha....kabus giler waktu nih





Puncak Kinabalu...Alhamdulillah...


bersama hubby...indahnyer





bersama adik-adik yang disayangi


orang yang paling bersemangat dan teruja...


mula turun




tengah-tengah tu laluan para pendaki

kerdil jer nampak para pendaki








Add caption






ni selepas naik ke puncak nak turun balik....tak nampak apa...kabus jerrrr

sebelum ke puncak...nampak terang




sini lah kena hati-hati...licin



Sayat-sayat check point



kebulur dah...tour guide yang sungguh baik siapkan makanan kami sebab breakfast dah abis waktu. Kami lambat turun.

puas....yang sorang tu blurr plak

amik gambar lagi












ada orang cakap, disini dah mula boleh kena 'altitude sickness'













Alhamdulillah....kami berjaya mengharungi kepayahan dan kesejukan untuk menawan puncak Kinabalu
(mana lagi sorang tu)


abanglong, kaklong, kakcik, kaksu

kabur la pulakkkk



takde la nak ikut cenggini


Inilah orang yang menemui laluan puncak Kinabalu...Gunting bin Lagadan



Sekian dulu catatan perjalanan pendakian gunung Kinabalu.

No comments:

Post a Comment