21 September, 2014

EXPEDISI GUNUNG DATUK







Bismillah....
Assalamu 'alaikum.....


Ini adalah salah satu daripada latihan awal kami untuk mendaki Gunung Kinabalu. Mendaki Gunung Datuk yang terletak di Kampung Batang Nyamor, Rembau, Negeri Sembilan. Ketinggiannya ialah 885 meter (2,900 kaki) dari aras laut. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hutan Lipur Gunung Datuk mengambil masa satu jam setengah lebih kurang.

Untuk sampai kepuncak, ianya mengambil masa lebih kurang 2 jam...hehehe....untuk stamina cam kami yang ala-ala nih.




Posing dulu sebelum mendaki

Daftar dulu sebelum mendaki... kena bayar sorang RM3
Pemandangan awal pendakian

Amik feel....

Curam diawal pendakian
Banyak berselirat akar-akar kayu ketika mendaki





Tuan rumah....hehehe...menyambut kami dengan sahut-sahutan




Satu kawasan lapang sebelum ke puncak. Ramai yang berehat disini.

Disinilah permulaan menaiki tangga-tangga besi yang diletakkan dibatuan-batuan
besar untuk naik ke puncak


Suspen nak naik tangga nih
Tangga terakhir untuk ke puncak




Pandangan dari puncak...nampak tak baju biru yang sedang duduk tu? Aku la tu...hehehehe

Pemandangan yang dapat dilihat dari kawasan puncak Gunung Datuk



Setakat ni je la kami mendaki.....hehehe...tak kuasa nak naik tangga yang terakhir untuk ke puncak

Kami tiga beradik...Rina, Riha dan Lily


Hiking partner...ngeeeee



Dia sorang jer yang sampai ke puncak....Hero Malaya ku


Puncak Gunung Datuk




Kami diserang dengan kumpulan lebah yang banyak. Jadi kena la bakar tu ini untuk bagi berasap...tujuan untuk menghalau lebah. Bukan apa, lebah-lebah tu tertarik dengan peluh-peluh kami yang ramai kat kawasan ni.

Berpeluh member

 Selepas sampai dipuncak kami rehat di kawasan ini agak-agak 2 jam jugak la. Lepas rehat dan dah dapat tenaga, aku dan Lily turun berlari-lari...hehehe...settled dalam masa sejam. 
Alhamdulillah....semuanya selamat dan gembira dapat menjalani latihan mental dan fizikal. 



Ops! hehehe...ini adegan selepas expedisi mendaki Gunung Datuk. Kami singgah makan dulu sebelum balik Kuala Lumpur.

15 September, 2014

EXPEDISI GUNUNG NUANG


Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Pendakian ke Gunung Nuang merupakan pengalaman yang paling manis, saspen dan sungguh mencabar fizikal. Setelah beberapa kali mendaki yang hanya sampai di Kem Lolo, inilah kali pertama kami yang disertai oleh aku, 2 adik perempuan aku Riha dan Lily, abang Lan dan Shahril mendaki hingga ke puncak Gunung Nuang. Kami mengambil keputusan untuk mendaki seharian ke puncak dan turun semula ke pondok renjer dikaki gunung...tidak bermalam (macam la terer).

Oleh kerana kami tidak bermalam, barangan yang dibawa tidaklah banyak. Cuma tongkat, headlamp, baju hujan, stokin, pakaian sepersalinan, telekung dan bekalan makanan seperti maggie, nasi impit, rendang ayam, teh uncang, gula paket. 

Perjalanan yang sepatutnya bermula pada pukul 5 pagi, tertangguh ke pukul 6.45 pagi..lebih kurang. Sebabnya....sesaja memain  melambat-lambat...mentang-mentang pergi berlima...hehehehe....(pengajaran buat kami selepas itu)

Bermulalah perjalanan kami yang dalam keadaan suasana masih gelap.... belum cerah lagi dan bertemankan headlamp masing-masing. Dari pondok renjer tempat bermula hingga ke Kem Lolo mengambil masa 3 jam lebih perjalanan (bagi kami yang ala-ala kurang fit).




Gonggok gergasi


Selepas 3 jam perjalanan hingga ke Kem Lolo, kami teruskan lagi perjalanan hingga ke Kem Pacat yang mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. Perjalanan dari Kem Lolo ke Kem Pacat, kami banyak berehat sebab Riha mengalami kekejangan otot beberapa kali.






Setiba di Kem Pacat, kami rehat dan makan tengahari.



Baru tiba.....duduk sebentar


Pe lagi.....berkelahlah 

Dalam 15 min perjalanan ikut denai....ni la air buat kegunaan semasa di Kem Pacat. 



Lily, Riha, aku dan Shahril, bodyguard kami...hehehe
abang Lan juga yang tiada dalam gambar disepanjang expedisi ni

Keunikan ciptaanNya....banyak lagi


Selepas berehat, tidur, makan tengahari, bergambar, kira-kira jam 3.00 petang kami mulakan semula pendakian ke Puncak Pengasih. Memang lari timing dah masa ni...hehehe


Jangkaan memang 40 minit tapi kami jalan sejam jugak lah...jalan perlahan

Inilah pendakian yang sungguh mencabar...
ke Puncak Pengasih tapi tak kasih langsung!


mendongak nak tengok jalan


Di puncak Pengasih, kami berehat dan solat(sori....gambar takde semasa di puncak pengasih)





Alhamdulillah......kami sampai ke puncak Pengasih pada jam 6 petang




Kaklong, kakcik, dan kaksu


rehat



Masak air...buat air teh o...

sambung makan bekalan tengahari tadi...nasi impit, rendang ayam dan maggi


cawan takde.....ni pun jadi la

Selepas berehat di Puncak Gunung Nuang, kami pun mulakan langkah turun pada jam 7 malam...... erk!.......7 malam???? Haaaaa.... ni yang nak citer nih.

Pendaki-pendaki lain yang bermalam disitu agak terperanjat bila dengar kami nak gerak turun ketika tu. Apapun mereka cakap...Gud luck! and be careful...sambil senyum bagi semangat. Dengan perlahan, kami mula melangkah dengan hati-hati sebab hari nak mula senja dan mula renyai. Dimulai dengan Shahril didepan sekali, aku, lily dan Riha(adik-adikku) dan abang Lan dibelakang sekali.

Agak-agak dalam setengah jam kami melangkah, tiba-tiba Shahril terperanjat ketakutan lalu pandang aku yang berada dibelakangnya. Alamak! naper dia terperanjat? Kata hatiku. Nampak makhluk halus ker? Itulah detik aku. Aku terdiam pandang dia, dia pun sama. Kami teruskan je melangkah dengan diam sambil baca ayat-ayat Allah. Adalah 2 kali Shahril terperanjat sambil memalingkan pandangannya ke belakang mengadap aku. Aku dan Shahril diam dan hanya berpandangan...buat tak tau. Tak mau bising-bising. Saspen! Hari dah pun malam.

Tiba-tiba....selepas beberapa ratus meter perjalanan, Shahril nampak ada 2 jalan...Alahai! 


"Abang Lan, jalan kiri atau kanan? Ada 2 jalan nih!" jerit Shahril. Kami semua macam terkedu. Abang Lan pun terpinga-pinga taktau nak cakap apa lalu jerit dari belakang, "kanan! kanan!"

Shahril pun jalan kekanan dan kami semua mengekor saja. Rupanya jalan kekanan tu menuruni bukit ikut batang balak tumbang junam kebawah. Perlahan-lahan kami sorang-sorang gerak ikut balak tumbang tu. Shahril sampai dulu hingga hujung balak diikuti aku dan yang lain-lain. Belum pun aku sampai ketempat Shahril, tiba-tiba dia jerit, "Abang Lan, takde jalan kat depan....jalan mati nih!

Allah! Kami semua terperanjat. Abang Lan yang berada dibelakang sekali, lekas-lekas suruh kami berhenti bergerak dan terus dia menuruni ke arah Shahril. Bila sampai di tempat Shahril, abang Lan suluh disekeliling yang gelap. Betul! Takde jalan...jalan mati. 

"Naik! Naik balik keatas!". Jerit abang Lan pada kami 3 beradik. Kami semua pun gerak semula naik ke atas, ke tempat asal yang mula-mula Shahril nampak 2 jalan. Kami berkumpul disitu sekejap. 

"Mengucap semua". Abang Lan mengarahkan kami supaya mengucap dan istighfar. Si Shahril dengan konfiden berselawat.

"Shahril, aku suruh ko mengucap bukan selawat. Terkena dah ko nih". Kata abang Lan. Kami diam dan bertenang seketika. 

Abang Lan menyuluh sekeliling mencari tanda arah. Akhirnya berjumpa juga. Kami tukar kedudukan, abang Lan jalan depan sekali kemudian Riha, aku, Lily dan Shahril dibelakang sekali. Kami mula berjalan turun.
Langkah demi langkah...hujan renyai tadi semakin lebat. Kami dah memang bersedia dengan headlamp, baju hujan dan tongkat. Alhamdulillah...kalau hujan lebat, cepatlah jugak berhenti. Kami teruskan langkah. Tak sabar nak balik sebenarnya. 

Akhirnya, kami sampai di Kem Lolo. Aduhai....terasa penat satu badan, Tuhan je tahu. Sejuk pulak tu. Apapun, syukur.. Alhamdulillah kami selamat daripada tersesat. Ngeri rasanyer kalau tak nampak jalan balik diwaktu malam hari.

Kami rehat dekat pondok yang memang ada di situ. Tengok jam, dah pukul 11 lebih. Kami buat keputusan untuk bermalam dipondok tersebut. Tak jadi nak balik. Nak telefon rumah, line takde. Takper, esok pagi je la cuba cari line. Aduh! Perut lapar. Apalagi, makan apa yang ada. Apa yang ada??? Tinggal maggi sebungkus dan nasi impit separuh....huhuhuhu.... terpaksalah campur je semua tu dan masak...makan sikit-sikit sorang. 


Maggi nasi impit





Lepas makan, tidur. Tidur??? Mak ai! Dengan sejuknyer...angin pulak kuat. Aku dan Lily tidur pakai telekung..hahaha... Riha pakai sleeping bag...abang Lan bawak 2. Ok la....

Kerana kesejukan, kami semua tak lena tidur. Jam tunjuk 2 pagi, dah mula dengar beberapa orang lalu untuk naik ke puncak. Ah! Pedulikan. Badan penat sangat nih. Pejam je la mata sambil menunggu pagi. Esok pagi bersedia nak balik. Tak sabar rasanya.



Sarapan pagi kami


Sup cendawan dan teh o....
ada citer kelakar pasal teh o nih..biarlah kami je yang tahu..hihihi



Sempat kami berposing suka gembira padahal.....hehehe...
takyah la citer


Ketika turun balik, berendam sekejap. 


Inilah pengalaman pertama kami mendaki ke puncak gunung. Sungguh bernilai. Rasa penat, takut, sejuk, gembira, hati-hati...semua ada. Latihan bagi kami untuk ke Puncak Kinabalu. Terima kasih tak terhingga pada abang Lan sebab dia lah orang yang paling banyak mengajar kami semasa berada didalam hutan. Apa yang kami belajar??? hehehe... Jangan pentingkan diri sendiri, bekerjasama, hormat-menghormati, tolong- menolong, hargai alam semulajadi...itulah diantaranya.

Wallahu 'alam




09 September, 2014

KEKUASAANNYA






"Maka, apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada dia atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya(dengan bintang-bintang) dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun. Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali(mengingat Allah), Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman(buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai, dan pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba(Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati(kering). Seperti itulah terjadinya kebangkitan(orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula)"
(Al Qaf 6-11) 



Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Pada permulaan minatku yang suka pada mendaki bukit, pandanganku hanya keseronokkan. Seronok dapat bersenam untuk kesihatan badan, dapat hirup udara yang segar, dapat mengeluarkan peluh, dapat hilangkan stress, dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan, dan macam-macam lagi sekadar memenuhi keseronokan emosi dan akal fikiran. 

Lama kelamaan aku dapat belajar dan sedar.. disebalik semua tu, adalah satu penciptaan dari yang Maha Besar dan Maha Agung. Betapa mata ni tertipu dengan keseronokan. Tidak menghayati disebalik semuanya itu. 

Syukur, Allah memberi taufiqNya untuk aku melihat dengan matahati ini yang buta sekian lama. Melihat akan Dia yang mentajallikan diriNya atas semua ciptaanNya. Bilamana aku mendaki bukit, aku melihat satu persatu, pohon, daun, akar, tanah ranting, bunga, batu, langit, awan dan berbagai lagi yang tak dapat nak sebut satu persatu. Kekukuhan bukit, air sungai yang mengalir, semuanya berkait antara satu sama lain dan memberi manfaat pada kesekalian makhluk di mukabumi ini. Tiada satu pun ada cacatcela. 
Allahuakbar! kerdilnya diri ini. Malunya diri ini.

Semua yang diciptakan itu untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali(mengingat Allah). 

Aku kembali padaMu! Terimalah daku wahai Tuhan semesta alam! Luaskan pandangan matahatiku untuk lebih dalam melihatMu!

Wallahu 'alam

08 September, 2014

AL-QURAN AKHLAK KU 1














"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu) Bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha mengasihani" (Al-Hujurat:12)


Bismillah....
Assalamu 'alaikum

Al-Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Junjungan Nabi Muhammad saw melalui Malaikat Jibril. Allah mengajar manusia tentang tatacara kehidupan yang sempurna. Lihat saja Nabi Muhammad saw yang berperibadi insan mulia...kerana apa? Kerana akhlaknya adalah Al-Quran.

Didalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang bermula dengan "Wahai orang-orang yang beriman....". Maka, kalau nak jadi orang yang beriman, perhatikanlah ayat-ayat tersebut.

hhhmmmm....  

Inilah ayat pertama yang memamg patut diamalkan untuk menjaga akhlak.
Allah berpesan supaya:
1. Jauhi sikap berprasangka
2. Jangan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain
3. Jangan mengumpat

Senang je nampak tapi inilah paling banyak dibuat..na'uzubillah.

Jadi, mulai sekarang..... Betulkan hati, betulkan fikiran. Tiada manusia yang nak kan yang buruk, sama juga kita...nak kan yang baik saja. Kalau orang buat yang tak baik pada kita, jangan terus menghukum. Mungkin dia tersilap langkah atau tiada niat maka jadilah sesuatu yang kita tak suka. Jadi, tak payahlah nak sangka itu, nak sangka ini.

Banyakkan melihat kebaikan orang. Ibarat kesempurnaan jasad pada tubuh manusia. Takkan kita nak pandang satu biji jerawat kat muka macam rosak cacat segala...hehehe..

Dalam berkata-kata juga...bagusnya diam daripada berbicara ntah apa-apa. Susah jugak nak buat sebab dah terbiasa dari kecik suka bercakap...cakap yang tak abis-abis...hehehe.. Sekarang cuba dengan kurangkan bercakap dan bercakap hanya yang perlu. Gurau-gurau tu biasalah.....takde gurauan...bosan jugak rasanya.

Apapun....diri perlu diperlu diperbaiki dengan adab-adab yang terpuji... contohi Nabi dan jadikan idola. Sentiasa berdoa kearah kebaikan.

Wallahu 'alam